CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12033|Reply: 0

[Perlis] Kanak-kanak perempuan disyaki mangsa dera

[Copy link]
Post time 27-3-2023 07:55 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak perempuan disyaki mangsa dera

oleh  ROSHILA MURNI ROSLI 27 Mac 2023  05:57pm






PDRM




ARAU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dipercayai menjadi mangsa dera akibat penemuan tanda lebam lama dan baharu di badan, dalam kejadian di Kampung Alor Lanchang Jejawi di sini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, susulan itu, seorang lelaki yang juga bapa tiri mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, polis menerima laporan daripada seorang wanita yang juga guru pusat asuhan pada jam lebih kurang 10.30 pagi pada 22 Mac lalu.

"Wanita itu dikatakan telah membuat pemeriksaan terhadap tubuh kanak-kanak terbabit sebelum menemui beberapa kesan lebam lama dan baharu pada tubuh mangsa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Mohsin berkata, hasil siasatan mendapati mangsa merupakan anak sulung dari tiga beradik dan mangsa merupakan anak tiri kepada suspek.

"Pemeriksaan di hospital mendapati terdapat kesan parut lama pada bahagian belakang, tangan kanan dan tangan kiri, paha kanan dan pipi kanan pada mangsa.

"Pemeriksaan lanjut ke atas ibu dan dua adik mangsa bagaimanapun tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau parut," katanya.

Menurutnya, hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif methaphathamine.


"Suspek berusia 34 tahun itu ditahan reman bermula Isnin sehingga 30 Mac untuk membatu siasatan bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana telah melakukan penderaan fizikal terhadap kanak-kanak dan seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.035233 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list