CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3253|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara ditahan

[Copy link]
Post time 28-3-2023 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Dua bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara ditahan

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  28 Mac 2023   10:30am






Bot kedua dikendalikan lima nelayan warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah.




GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan dua bot nelayan Indonesia pada jam 11.40 pagi dan 12.10 tengah hari, Isnin.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, kapal ronda Maritim Malaysia melakukan penahanan ke atas kedua-dua buah bot nelayan itu di kedudukan 45 dan 48 batu nautika barat daya Pulau Kendi ketika melaksanakan rondaan Op Tanjung dan Op Pertiwi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati, bot pertama dikendalikan oleh empat nelayan manakala bot kedua lima nelayan.

"Kesemua mereka merupakan warga Indonesia yang berusia dalam lingkungan 17 hingga 41 tahun.


"Pemeriksaan lanjut mendapati, mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan di perairan Malaysia.

"Mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Beliai berkata, kedua-dua bot terbabit berpangkalan di pantai Labu, Deli Serdang Sumatera Utara.

"Kedua-dua bot, sembilan nelayan serta peralatan menangkap ikan disita dan ditahan sebelum dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung.


"Mereka akan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

"Maritim Malaysia akan sentiasa memantau dan memastikan perairan negara terkawal daripada sebarang pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut di perairan Malaysia," katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.037852 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list