CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11000|Reply: 0

[Kedah] Ribut ranapkan khemah peniaga Karnival Raya Padang Serai

[Copy link]
Post time 28-3-2023 10:18 PM | Show all posts |Read mode
Ribut ranapkan khemah peniaga Karnival Raya Padang Serai





Zuliaty Zulkiffli
[email protected]





SEBAHAGIAN besar khemah peniaga di Karnival Raya Padang Serai yang rosak akibat ribut. FOTO Ihsan IHSAN Abdul Halim.




Kulim: Sebahagian besar peniaga Karnival Raya Padang Serai, di sini, terpaksa menanggung kerugian apabila khemah perniagaan mereka rosak dipukul ribut, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku jam 3.30 petang ketika kesemua peniaga sedang menjalankan perniagaan masing-masing.

Peniaga, Abdul Halim Hashim, 50, berkata, dia yang baharu tiba di lokasi sejurus kejadian berlaku terkejut melihat khemah peniaga berselerak.

Katanya, paling terkesan adalah peniaga pakaian kerana banyak baju yang basah akibat hujan lebat.

"Terdapat lebih 70 peniaga yang berniaga di karnival ini dan kebanyakan mereka terpaksa menanggung rugi kerana semua barangan rosak.

"Gerai menjual minuman dan makanan pula rosak akibat hujan lebat serta berselerak.

"Walaupun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan tetapi kasihan juga pada semua peniaga akibat kejadian ini yang berlaku secara tiba-tiba," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Halim berkata, karnival itu berlangsung sejak awal Ramadan lalu sehingga Aidilfitri ini.



Disiarkan pada: Mac 28, 2023 @ 8:12pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.039072 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list