CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2688|Reply: 0

[Kedah] Penuntut maut motosikal rempuh belakang lori

[Copy link]
Post time 29-3-2023 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Penuntut maut motosikal rempuh belakang lori


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]





ANGGOTA polis mengangkat mayat penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan di Kilometer 103.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. FOTO ihsan PDRM




Sungai Petani: Seorang penuntut sebuah pusat latihan teknologi tinggi di Terengganu meninggal dunia selepas motosikal Honda RS150 ditunggang merempuh belakang lori di Kilometer 103.4, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan di sini, jam 5.30 petang semalam.

Mangsa, Mohamad Farhan Azhar, 22, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, hasil siasatan awal mendapati, lori Rigid Daihatsu terbabit dan motosikal berkenaan bergerak dari arah Plaza Tol Sungai Petani Utara menghala ke Plaza Tol Sungai Petani Selatan.

"Lori yang dipandu lelaki berusia 36 tahun itu bergerak di lorong kiri manakala motosikal berkenaan pula di lorong kecemasan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal itu, dipercayai ditunggang dengan laju, hilang kawalan sebelum termasuk ke kanan jalan dan merempuh belakang lori.

"Akibatnya, mangsa cedera di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi," katanya pada kenyataan hari ini.

Pemandu lori terbabit pula selamat. Mayat dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.




Disiarkan pada: Mac 29, 2023 @ 11:42am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.052429 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list