CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4124|Reply: 0

[Kedah] Kebanyakan daerah di Kedah dijangka alami ribut petir, hujan lebat

[Copy link]
Post time 29-3-2023 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Kebanyakan daerah di Kedah dijangka alami ribut petir, hujan lebat


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 29, 2023 @ 3:36pm [email protected]






Tempoh Peralihan Monsun akan muncul semula sekitar Oktober hingga November. - Foto fail NSTP




ALOR SETAR: Pejabat Meteorologi Malaysia Kedah (MetMalaysia) memberi amaran, kebanyakan daerah di negeri ini dijangka mengalami ribut petir disertai hujan lebat pada sebelah petang dan malam.

Pengarahnya, Muhammad Khalil Abd Aziz, berkata perubahan mendadak dalam corak cuaca itu berikutan bermulanya Tempoh Peralihan Monsun yang dijangka berterusan dari akhir Mac hingga Mei.

Beliau berkata, Tempoh Peralihan Monsun juga akan muncul semula sekitar Oktober hingga November.

"Sepanjang tempoh ini, suhu secara relatifnya lebih rendah berbanding fasa kedua musim Monsun Timur Laut dan angin lemah bertiup dari pelbagai arah berkemungkinan dialami di banyak bahagian negara.

"Keadaan ini memberikan keadaan ideal untuk ribut petir lebat disertai hujan lebat berlaku secara ringkas khususnya, pada waktu petang hingga awal malam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Muhammad Khalil berkata, jabatan itu tidak dapat menentukan secara spesifik daerah mana yang paling terjejas akibat cuaca ribut itu.

Beliau berkata, corak cuaca berpotensi menyebabkan banjir kilat, tanah runtuh, bencana ruang air, pokok tumbang, panahan petir, pancutan air, puting beliung dan hujan batu.

"Semua situasi ini mungkin berlaku dalam tempoh ini yang berpotensi menyebabkan kerosakan struktur kepada infrastruktur yang tidak tahan terhadap situasi sedemikian.

"Justeru, kami menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada, berhati-hati dan sentiasa mengambil tahu ramalan cuaca dan amaran yang dikeluarkan oleh MetMalaysia," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, tiga daerah terjejas kejadian ribut dilaporkan berlaku di Jitra, Pokok Sena, Yan dan Padang Serai di Kulim.

Kejadian ribut itu menyebabkan gerai buah-buahan berterbangan, khemah peniaga rosak dan bumbung rumah berterbangan akibat angin kencang yang berlaku pada sebelah petang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Leftenan (PA) Muhammad Zul Izzi Zulkifli berkata, 34 rumah di lima kampung di Mukim Sala Besar di daerah Yan terjejas akibat angin kencang, Isnin lalu.

Antara kampung terbabit adalah Kampung Tualang (23), Kampung Bukit Choras (1), Kampung Telok dan Kampung Padang (7), Kampung Batu 11 (dua) dan Kampung Kepala Bukit (1).








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.586156 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list