Setiap kali berkunjung ke gerai makanan lauk campur, kita pastinya akan wajib untuk menjamah pula pencuci mulut yang dijual di sana iaitu kelapa jelly atau agar-agar kelapa. Walapun pencuci mulut ini nampak simple, rasanya sangat cukup untuk menyegarkan kembali tekak ketika cuaca panas dan selepas makan makanan pedas. Katanya, resepi kelapa jelly ini juga mudah untuk dibuat di rumah, khususnya bulan Ramadan ini kan?
Jadi, apa kata anda sajikan juga seisi keluarga dengan kelapa jelly yang sejuk selepas makan santapan utama berbuka puasa. Tekak rasa nyaman, suhu badan pun kembali normal kerana menggunakan air kelapa yang asli!
RESEPI KELAPA JELLY PALING SENANG!
Bahan – Bahan
-Loyang 10 inci
-Saya pakai 1 biji kelapa muda. Akan dapat lebih kurang 1 liter air kelapa
LAPISAN PERTAMA:
-1 setengah cawan air
-1 cawan air kelapa
-70g gula
-5 gram agar-agar serbuk
-60 gram santan kotak
-1 sudu kecil garam
LAPISAN KEDUA:
-2 cawan air
-3 cawan air kelapa
-150g gula
-5 gram agar-agar serbuk
Cara- cara
LAPISAN PERTAMA:
– Dalam keadaan api tertutup, masukkan 1 setengah cawan air + 1 cawan air kelapa + 70g gula & 5 gram agar-agar serbuk.
– Kacau sebati bahan diatas. Dah sebati baru on api. Perlahan saja..kacau dalam 2-3 minit
– Baru masukkan 60gram santan kotak. Saya pakai santan KARA. Masukkan 1 sudu kecil garam. Kacau hingga mendidih
– Bila dia dah mendidih..jangan kacau selama 2-3 minit. Lepas tu baru off api.
– Tuangkan dalam loyang.
– Biarkan ia mengeras pada suhu bilik je..means letak dekat luar je..pastikan persekitaran anda bersih.
LAPISAN KEDUA
– Masukkan kesemua bahan untuk lapisan kedua.
– Kacau sebati baru hidupkan api. Perlahan saja kacau sampai naik wap
– Tapiskan
– Ambil agar-agar yang dah keras tadi..cucuk sebanyak mungkin. Step ni PENTING supaya lapisan melekat. Kena cucuk banyak-banyak tau supaya lapisan melekat dengan kuat.
– Tuang sikit demi sedikit. Dah habis adunan..masukkan pula isi kelapa. Ikut kreativiti anda.
– Biarkan diluar selama 40 minit, baru sejukkan selama 2-3 jam.
– Dah siap dan boleh makan.
Selamat mencuba! Sedap ni makan waktu berbuka sejuk-sejuk!