CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2325|Reply: 0

[Johor] Ada yang sangka Demie lelaki kerana bertubuh sado

[Copy link]
Post time 3-4-2023 09:41 AM | Show all posts |Read mode

DEMIE (kiri) bersama rakan yang aktif dalam bidang kecergasan. FOTO ihsan Demie Liyana Gun Mohd Ridzuan Gun

Batu Pahat: Ketika kebanyakan wanita obses dengan kecantikan, Demie Liyana Gun Mohd Ridzuan Gun pula cenderung dalam aktiviti kecergasan.

Jadi tidak hairanlah jika wanita mesra disapa Demie, 24, mempunyai tubuh 'sado' hingga ada yang menyangka dia lelaki ketika bersiaran langsung di TikTok.

Hakikatnya, Demie sudah berumah tangga dan dia bertuah kerana suami, Mohd Sobri Ishak, 39, memberi galakan serta merestui minatnya termasuk menjadi jurulatih kecergasan.

Demie berkata, dia aktif dalam aktiviti kecergasan sejak tiga tahun lalu selepas diajak rakan ke pusat gimnasium.

"Dulu saya agak berisi dengan berat mencecah 67 kilogram (kg) dan ada tabiat makan agak buruk kerana gemar makan burger sebelum tidur.

"Boleh dikatakan, setiap malam begitu dan dalam sehari, saya boleh minum tujuh gelas air manis.

"Setahun juga saya teruskan tabiat itu namun berubah selepas aktif dalam bidang kecergasan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, cabaran paling besar ketika awal pembabitan dalam bidang kecergasan adalah tiada keyakinan diri.

"Ada perasaan ragu-ragu pada awal dulu dan persoalkan bolehkah saya lakukannya.

"Ia kerana saya tiada asas langsung dalam bidang kecergasan dan namun rakan saya beri tunjuk ajar hingga lama kelamaan jadi yakin.

"Letih juga sebenarnya nak ke gimnasium tetapi saya cuba konsisten dan jadi lebih semangat bergiat aktif apabila nampak hasilnya iaitu berat badan turun seperti diinginkan.

"Banyak perubahan berbanding sebelum ini dan antara yang saya nampak adalah badan berasa ringan serta tidak lesu," katanya yang mendapat bimbingan secara dalam talian daripada jurulatihnya, Fattah Jaafar.

Berhubung persepsi orang luar, Demie mengakui dapat pelbagai maklum balas sejak aktif muat naik video dan bersiaran langsung di TikTok.

"Kalau saya buat 'live', mesti ada yang ingat saya kakak polis dan kakak askar.

"Ada juga yang ingat saya lelaki dan kata tidak elok ada bentuk badan begini kerana hujungnya nanti akan duduk di dapur juga.

"Mulanya tak senang juga tetapi kini sudah lali malah pernah terima tawaran jadi pengawal peribadi namun tolak kerana suami tak izinkan," katanya.

Walaupun sudah dapat bentuk badan diinginkan, Demie enggan mendabik dada kerana sedar perjalanannya masih jauh.

"Luar sana lagi ramai yang begini malah mereka jauh lebih hebat.

"Buat masa ini, saya masih aktif sebagai jurulatih kecergasan dan jika ada rezeki lebih, saya mahu ada pusat latihan sendiri," katanya .

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erana-bertubuh-sado

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.267888 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list