CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4120|Reply: 2

[Kedah] Saman fitnah: Sanusi diarah bayar RM120,000 kepada Mahfuz

[Copy link]
Post time 3-4-2023 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Saman fitnah: Sanusi diarah bayar RM120,000 kepada Mahfuz

oleh  ROSHILA MURNI ROSLI 03 April 2023  03:39pm






Mahfuz Omar dan Muhammad Sanusi Md Nor




ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor gagal dalam rayuan saman fitnah terhadap bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam yang mewakili Mahfuz, Noorazmir Zakaria menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

Katanya, dalam persidangan Mahkamah Rayuan secara zoom pada Isnin, permohonan Mahfuz untuk menaikkan jumlah bayaran ganti rugi diluluskan.

"Rayuan Menteri Besar Kedah terhadap saman fitnah Mahfuz ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

"Rayuan anak guam untuk menaikkan jumlah ganti rugi pula dibenarkan, daripada RM50,000 kepada RM120,000," katanya dalam hantaran terbabit.

Menurutnya, secara peribadi dia menyifatkan jumlah ganti rugi itu paling tinggi selama dia mengendalikan kes saman fitnah.

"Inilah jumlah ganti rugi yang paling tinggi dapat. Susah nak lepas nilai ratus ribu sekarang ni," katanya.

Pada 9 Oktober 2019, Mahfuz memfailkan saman itu berdasarkan hantaran yang dibuat oleh Muhammad Sanusi dalam akaun Facebooknya pada 30 Julai 2019, yang mengaitkan Mahfuz selaku wakil rakyat bagi kawasan Pokok Sena dalam isu pemindahan Sport Toto ke kawasan itu.



Mahfuz juga mendakwa Muhammad Sanusi menerbitkan satu video berdurasi 7 minit 57 saat di akaun Facebooknya pada 27 Julai 2019, yang memaparkan sekumpulan individu membantah pembukaan Sport Toto di Pokok Sena sambil memegang sepanduk yang tertera nama plaintif.

Mahkamah Tinggi pada November 2021 kemudiannya memerintahkan Sanusi untuk membayar ganti rugi RM50,000 kepada Mahfuz.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2023 05:20 PM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 23-4-2023 05:21 PM

Mahfuz ingatkan Sanusi bayar RM120,000

oleh  ROSLINDA HASHIM23 April 2023 04:36pm





Mahfuz (kiri) dan Muhammad Sanusi (kanan).




ALOR SETAR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar membayar ganti rugi sebanyak RM120,000 seperti diputuskan Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Beliau berkata, sehingga kini Muhammad Sanusi belum melunaskan tuntutan tersebut walaupun tempoh pembayaran telah ditetapkan 14 hari daripada proses penghakiman.

Menurutnya, sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri berkenaan mahu menangguhkan pembayaran tersebut, beliau diminta berhubung dengan peguam bagi meneruskan hasrat itu.

“Muhammad Sanusi perlu bayar segera kerana tempoh diberikan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini ialah 14 hari daripada penghakiman.

“Beliau ketika itu telah minta tangguh sebab mahu buat rayuan ke Mahkamah Rayuan. Tiada pindaan dilakukan kecuali satu saja, iaitu denda daripada RM50,000 kepada RM120,000. Tempoh 14 hari masih kekal daripada tarikh penghakiman,” katanya.

Mahfuz memberitahu, Muhammad Sanusi tidak seharusnya menunggu sehingga perintah mahkamah dikeluarkan kerana keputusan telah pun diputuskan.

“Bermakna sekiranya nak bayar tak perlu tunggu perintah mahkamah dikeluarkan terhadap beliau, terus bayar sahaja. Kecuali mungkin beliau mahu merayu pula ke Mahkamah Persekutuan, yang itu perlu beritahu kepada peguam saya, tiada masalah.

“Saya akan arah pula peguam saya buat rayuan pencelahan di mahkamah mungkin untuk minta tambah daripada RM120,000 kepada RM240,000,” jelasnya.


Menurutnya, permohonan maaf secara terbuka juga perlu dibuat berdasarkan kepada tuntutan berkenaan, namun sehingga kini belum dilakukan.

Mahfuz secara berseloroh turut memuat naik rakaman video berhubung perkara tersebut bagi mengingatkan Muhammad Sanusi mengenai ganti rugi yang perlu dibayar di laman twitter.

Pada 3 April, Muhammad Sanusi gagal dalam rayuan saman fitnah terhadap bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu, namun permohonan Mahfuz untuk menaikkan jumlah bayaran ganti rugi diluluskan daripada RM50,000 kepada RM120,000,"

Mahfuz memfailkan saman pada 9 Oktober 2019 berdasarkan hantaran dibuat Muhammad Sanusi melalui akaun Facebook pada 30 Julai 2019, yang mengaitkan Ahli Parlimen Pokok Sena itu dalam isu pemindahan premis judi Sport Toto ke kawasan itu.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Mahfuz, Noorazmir Zakaria memaklumkan, satu notis tuntutan dihantar kepada individu dikenali sebagai Mamu dan pemilik akaun Tiktok @sembangkedaikopi yang telah menerbitkan kata-kata fitnah terhadap Mahfuz berhubung isu sama.

“Individu berkenaan memaparkan semula hantaran Facebook Muhammad Sanusi bertarikh 30 Julai 2019 yang telah pun diputuskan sebagai fitnah oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

“Oleh itu, satu notis tuntutan telah dikeluarkan kepada penama terbabit pada 18 April, menuntut permohonan maaf secara terbuka melalui akaun Tiktok tersebut,” katanya.

Menurutnya lagi, nilai ganti rugi akan ditentukan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh notis dan sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diteruskan.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2023 05:22 PM | Show all posts
MB yg paling byk pung pang pung pang.
tp nan hado.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.044280 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list