CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 4

[Pulau Pinang] Remaja tinggi luar biasa, cecah kipas siling rumah

[Copy link]
Post time 12-4-2023 08:58 AM | Show all posts |Read mode
TELUK BAHANG: "Sudah beberapa tahun kami tidak menggunakan kipas siling di rumah kerana ketinggian anak sudah menyamai paras kipas itu. Dengan ketinggian mencecah 198 sentimeter (cm), anak memang sering menjadi tumpuan dalam khalayak ramai."

Begitu dikongsikan Junaidah Jamil, 44, ibu kepada Muhamad Haziq Khairul Annuar, 16, remaja yang mempunyai ketinggian luar biasa.

Junaidah memaklumkan ketika Muhamad Haziq berusia lima tahun, anak tunggalnya itu sudahpun mempunyai ketinggian seperti remaja belasan tahun.



Khairul Annuar mengukur ketinggian anaknya. - NSTP/ZUHAINY ZULKIFFLI

Namun ketika itu, katanya, beliau dan suami, Khairul Annuar Mohamad Saberi, 52, tidak mengesyaki Muhamad Haziq menghidap Sindrom Marfan yang merupakan sejenis 'penyakit jarang jumpa.'

"Ketika menjalani pemeriksaan kesihatan, tahun lalu, doktor mengesahkan ketinggian Muhamad Haziq ialah 198cm dan boleh menjadi lebih tinggi lagi sebelum mencapai usia 21 tahun.

"Walaupun mempunyai kelebihan, Muhamad Haziq berdepan kesukaran terutama ketika menaiki kenderaan seperti bas, kereta dan motosikal, malah seluar dan kasutnya juga perlu ditempah khas.

"Suami kerap mengukur ketinggian Muhamad Haziq dengan meminta anak berdiri di tepi pintu sebelum menanda parasnya dengan menggunakan pen," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Jalan Hassan Abbas, di sini.

Kisah ketinggian luar biasa Muhamad Haziq menjadi tular apabila dikongsikan dalam hantaran Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, melalui laman Facebook, baru-baru ini.

Menurut hantaran berkenaan, Wan Saiful yang berkunjung ke Bazar Ramadan Teluk Bahang, teruja bertemu dengan remaja yang mempunyai ketinggian mencecah hampir 200cm itu.

Junaidah berkata, beliau tidak tahu Muhamad Haziq bergambar dengan wakil rakyat itu dan kisahnya tular sehingga diberitahu oleh kenalan beliau.

Suri rumah itu berkata, selain Sindrom Marfan, anaknya juga mempunyai penyakit berkaitan jantung sejak berusia lima tahun tetapi tidak serius.

"Bagaimanapun, penyakit itu membuatkan Muhamad Haziq cepat keletihan dan tidak dapat aktif dalam sukan di sekolah walaupun meminati aktiviti lompat tinggi," katanya.

Sementara itu, Muhamad Haziq berkata, beliau turut digelar 'galah panjang' dalam kalangan rakan sekolah.

"Seperti biasa, individu yang tinggi akan diberi 'tugas khas' seperti membersihkan bahagian yang tinggi di dalam kelas," katanya.


Muhamad Haziq bersama ibu bapanya. - NSTP/ZUHAINY ZULKIFFLI

https://www.bharian.com.my/berit ... -kipas-siling-rumah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2023 09:27 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 09:36 AM | Show all posts
tingginya baru 16 thn
mmg bole tgg lg tu sbb blm 21 thn
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika sihat dan cergas ,boleh main basketball
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 12:00 PM | Show all posts
comel muka dia

tapi dari gambar, nampak dah ada scoliosis, bahu pun dah nampak senget sikit

harap heolls tabah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.241372 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list