CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 258|Reply: 0

[Kedah] Tiga maut, seorang cedera dalam kemalangan motosikal, lori

[Copy link]
Post time 12-4-2023 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Tiga maut, seorang cedera dalam kemalangan motosikal, lori

Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 12, 2023 @ 7:41am [email protected]




Salah sebuah daripada empat motosikal yang terbabit dalam kemalangan dengan lori di Tanjung Musang. - Foto NSTP/Ihsan Pembaca




ALOR SETAR: Tiga penunggang motosikal maut manakala seorang lagi cedera di bahagian muka dan tangan selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal dengan sebuah lori berhampiran stesen minyak di Tanjung Musang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata pejabat pertanyaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan berhubung kemalangan yang berlaku jam 10.50 malam tadi.

Beliau berkata, tiga mangsa yang maut adalah lelaki dan berusia antara 19 hingga 23 tahun manakala remaja lelaki yang cedera berusia 14 tahun.

Katanya, kesemua motosikal jenis Sym VF31, Honda RS-Y, Yamaha Y15ZR dan Honda RS-X serta lori terbabit dipercayai dari arah Alor Setar menghala ke Jabi.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori jenis Nissan yang dipandu lelaki berusia 56 tahun yang baru selesai mengisi minyak dipercayai hendak masuk ke laluan utama iaitu pada jarak kira-kira 40 meter dari simpang keluar stesen minyak terbabit.

"Namun ketika sedang bergerak terus di lorong kiri, tiba-tiba empat motosikal terbabit dipercayai melanggar tepat di bahagian belakang lori terbabit.

"Akibat pelanggaran itu, tiga penunggang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Remaja yang menunggang sebuah lagi motosikal mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan dan dihantar serta dirawat di Zon Kuning Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Shukri berkata, pemandu lori terbabit pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, ketiga-tiga mayat berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk tujuan bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.446354 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list