CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

[Kedah] Sindiket penipuan pukau: 2 wanita China,1 lelaki tempatan ditahan

[Copy link]
Post time 14-4-2023 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Sindiket penipuan pukau: 2 wanita China,1 lelaki tempatan ditahan


Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 14, 2023 @ 1:52pm [email protected]




Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.




ALOR SETAR: Dua wanita warga China dan lelaki tempatan ditahan polis kerana disyaki terbabit sindiket penipuan secara pukau yang menyasarkan warga emas di negeri ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, berkata mereka ditahan dalam Op Gagak yang digerakkan pada 11.45 pagi semalam, selepas sepasukan pegawai dan anggota mengekori kereta mereka di Simpang Kuala di sini.

"Lelaki tempatan berusia 24 tahun itu mengaku bertindak sebagai pemandu kepada dua wanita warga China yang berusia 47 dan 55 tahun yang menjalankan aktiviti penipuan secara pukau bersemuka dengan menyasarkan warga emas.

"Hasil semakan mendapati sehingga kini terdapat satu kes dilaporkan dalam daerah Kota Setar membabitkan seorang suri rumah lingkungan usia 70 tahun yang kerugian anggaran RM110,000.

"Ketiga-tiga kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Hassan berkata, kes yang dilapor pada 12 April itu berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pihaknya merampas seutas jam tangan jenama Rolex, dua utas rantai leher dan sebentuk cincin perak disyaki emas putih, tujuh pasang subang emas, enam utas rantai leher, empat utas gelang kaki emas dan lima bentuk cincin emas .

"Turut ditemui, bar bertulisan disyaki emas, sepasang subang perak, empat loket emas serta wang tunai bercampur-campur sebanyak RM1,667, termasuk wang tunai mata wang Yuan China iaitu 700 Yuan, mata wang Hong Kong bernilai 1,000, beg silang biru serta tiga telefon bimbit dan sebuah kereta Honda City," katanya.

Katanya, sindiket itu dipercayai aktif sejak dua bulan lalu dan menyewa kenderaan bagi memudahkan pergerakan.

Katanya, modus operandi mereka dengan mengenal pasti mangsa di sekitar pasar pagi dan berpura-pura meminta bantuan kewangan dengan alasan mempunyai saudara yang sakit.

"Mereka akan mendorong mangsa untuk menyerahkan wang, barang kemas atau barangan berharga dan menjanjikan pulangan semula yang lumayan sebagai balasan terhadap bantuan diberikan.

"Bagaimanapun sewaktu pemulangan semula bantuan terbabit, mangsa mendapati hanya terdapat air mineral dan garam yang diletakkan dalam sampul," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.209456 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list