CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 1

[Kedah] Tiada Rumah Terbuka Aidilfitri di Seri Perdana tahun ini

[Copy link]
Post time 14-4-2023 11:12 PM | Show all posts |Read mode
Tiada Rumah Terbuka Aidilfitri di Seri Perdana tahun ini


Oleh M Hifzuddin Ikhsan - April 14, 2023 @ 9:11pm [email protected]






SUNGAI PETANI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang secara kebiasaan diadakan pada Hari Raya pertama, tidak akan diadakan di Seri Perdana pada tahun ini.

Sebaliknya, Anwar berkata, beliau akan hadir Majlis Rumah Aidilfitri anjuran agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi mendekati lebih ramai rakyat.

Katanya, sebagai permulaan beliau akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka peringkat negeri di Kedah yang dijadual berlangsung pada 29 April ini.

"Perdana Menteri tidak akan adakan majlis Aidilfitri di Seri Perdana, tetapi setelah difikirkan lebih baik kita turun ke bawah, iaitu dari negeri ke negeri sama ada anjuran Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.

"Kita ada minat sikit dengan Alor Setar kerana saya diberitahu makanan di Alor Setar jauh lebih lazat daripada tempat lain," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani di sini, hari ini.

Sementara itu, Anwar memaklumkan pihaknya sudah menghantar nama calon untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Audit Negara.

Beliau berkata, proses itu perlu melalui beberapa prosedur sebelum nama calon berkenaan dapat dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Semua urusan sudah diselesaikan. Saya menghantar cadangan nama tersebut dua minggu lalu," katanya.

Sebelum ini, jawatan Ketua Audit Negara disandang Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid yang melepaskan jawatannya pada 23 Februari lalu.



Perdana Menteri (tengah) pada Majlis Berbuka Puasa di Sungai Petani, hari ini. - Foto NSTP/SYAHRIM ABIDIN


sumber





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2023 11:13 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.681789 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list