CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 0

Bos Aston Martin tuntut kejayaan lebih besar

[Copy link]
Post time 16-4-2023 04:09 PM | Show all posts |Read mode

ALONSO setakat ini pamer pemanduan cemerlang bersama Aston Martin. FOTO AP

London: Permulaan meyakinkan Aston Martin untuk musim F1 setakat ini masih 'tidak mencukupi' untuk pemilik pasukan itu, Lawrence Stroll yang mempunyai impian lebih tinggi, menurut ketua pasukan, Mike Krack.

Selepas sekian lama berada di kelompok belakang, pasukan yang berpangkalan di Silverstone itu menikmati permulaan yang cemerlang setakat ini.

Perubahan yang dilakukan sepanjang musim sejuk, ditambah dengan ketibaan juara dunia dua kali, Fernando Alonso, membantu Aston Martin bersaing di kelompok depan.

AMR23 setakat ini terbukti kereta kedua terpantas di belakang RB19 oleh Red Bull, yang menyaksikan Alonso mencatat hatrik untuk menduduki podium ketiga selepas tiga pusingan perlumbaan iaitu di Bahrain, Arab Saudi dan Australia.

"Misi pasukan sangat jelas. Stroll pantas bertanya bilakah kami akan memenangi perlumbaan yang seterusnya? Jelas sekali, dia gembira tetapi ia tidak mencukupi untuk mencapai cita-citanya.

"Perkara yang positif mengenai Laurence ialah anda tahu di mana anda berada. Dia mahukan lebih banyak lagi, dan kami perlu memberikan lebih banyak kejayaan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ejayaan-lebih-besar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.153300 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list