CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 681|Reply: 3

[Kedah] Tak mampu bayar sewa, 4 sekeluarga kini tinggal dalam bangsal

[Copy link]
Post time 17-4-2023 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 17-4-2023 06:54 PM

Tak mampu bayar sewa, 4 sekeluarga kini tinggal dalam bangsal

oleh   SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA  17 April 2023   02:53pm





Keadaan bangsal kereta yang menjadi tempat empat beranak termasuk isteri yang sarat mengandung, berteduh.




KUALA MUDA - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah perumpamaan yang dihadapi sepasang suami isteri bersama dua anak perempuan yang berteduh bawah bangsal kereta di Kampung Sungai Batu, Merbok, Kedah.

Jamil Ahamad, 35, berasal dari Kuala Pegang, Baling berkata, lebih memilukan, isterinya, Siti Norshahira Nabila Hamzah, 28, kini sarat mengandung anak ketiga.

Menurutnya, sebelum ini keluarga itu menyewa di Seberang Perai Utara, namun, disebabkan masalah kewangan, mereka tidak dapat melunaskan sewa rumah yang tertunggak.

"Banyak sangat tunggakan dan tak mampu bayar, jadi kami ambil keputusan untuk berpindah ke Sungai Batu dan menumpang di bawah bangsal depan rumah ayah," jelasnya.

Siti Norshahira berkata, keadaan rumah yang sempit dan jumlah ahli keluarga yang ramai menyebabkan dia dan suami serta dua anak, Nur Iman Arissa, 5, dan Nur Amani Arisha, 4, terpaksa berteduh di bawah bangsal buat sementara waktu.



Keadaan tempat tinggal yang serba kekurangan menjadi tempat empat beranak berteduh.




"Dalam rumah ada mak ayah, selain tu ada tiga adik perempuan berusia 21 hingga 27 tahun dan seorang adik lelaki berusia 14 tahun, masih bersekolah.

"Salah seorang adik perempuan berstatus ibu tunggal mempunyai seorang anak berusia enam tahun turut tinggal bersama mak ayah.


"Ayah bekerja sebagai pengawal keselamatan dan seorang adik perempuan bekerja kilang di Sungai Petani.

"Saya mempunyai seorang lagi adik lelaki tetapi sudah berkahwin dan tinggal dekat rumah mertua di Penaga, Pulau Pinang," katanya.

Siti Norshahira mendakwa, suaminya sebelum ini mengambil upah bekerja kampung dan pernah menjadi pengawal keselamatan, namun disebabkan ada masalah berkaitan gaji, dia terpaksa berhenti kerja.

"Saya pula dijangka bersalin bulan depan dan setakat ini kami bercadang berteduh di sini dulu sebab dah tak mampu bayar sewa rumah," jelasnya.

Bangsal yang dibina dengan susunan bata selain dinding yang dipasang dengan kanvas serta berlantaikan simen, menjadi tempat empat beranak itu tidur dan berehat.

Jelasnya, walaupun Ramadan hanya tinggal beberapa hari lagi, namun tiada persiapan Hari Raya Aidilfitri dibuat dan disambut secara ala kadar sahaja.

Jamil dalam masa sama berjanji akan cuba mencari pekerjaan bagi mengubah nasib keluarga selain membuat persediaan menyambut kelahiran anak baharu tidak lama lagi.




Keadaan tempat tinggal yang serba kekurangan menjadi tempat empat beranak berteduh di Kampung Sungai Batu, Merbok, Kedah.




Keluarga itu mendapat kunjungan daripada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda setelah kisah mereka tular di media sosial sejak Ahad.

Bagaimanapun, semakan mendapati, permohonan Bantuan Kanak-kanak yang dimohon dari JKM Seberang Perai Utara sebelum ini telah diluluskan berjumlah RM400 sebulan bermula April ini.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB Bank bernombor 7633233670 atas nama Jamil Ahamad.



Kakitangan JKM Daerah Kuala Muda hadir membuat pemeriksaan di tempat tinggal Jamil dan Siti Norshahira.





sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2023 06:55 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 07:54 PM | Show all posts
saya menyimpan diri dari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2023 05:26 PM | Show all posts
Keluarga tinggal di garaj kereta akhirnya dipindahkan


Oleh Noorazura Abdul Rahman - April 19, 2023 @ 3:54pm [email protected]




Jamil bersama isteri, Siti Norshahira Nabila dan anak-anak bersama Pengerusi Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia, Natipah Abu (dua kanan) serta pegawai LZNK dan pihak lain yang membantu mereka sekeluarga berpindah ke rumah sewa di Taman Lembah Merbok di sini, semalam. - Foto Noorazura Abdul Rahman




SUNGAI PETANI: Sebuah keluarga yang tinggal di garaj kereta di Kampung Sungai Batu, Merbok di sini, sejak dua minggu lalu, akibat kesempitan hidup akhirnya dipindahkan ke rumah lebih selesa di Taman Lembah Merbok semalam.

Jamil Ahamad, 35, berkata dia bersyukur kerana ramai pihak sudi membantu dan prihatin mengenai nasib yang menimpa keluarganya selepas berita mengenainya disiarkan.

"Mungkin ini rezeki isteri saya (Siti Norshahira Nabila Hamzah, 28), yang sedang sarat mengandung dan anak, saya sendiri tak sangka kami dapat sambut Aidilfitri di rumah yang lebih selesa apatah lagi isteri dijangka bersalin bulan depan.

"Walaupun malu menjadi perhatian umum, namun saya bersyukur Allah mudahkan urusan kami sekeluarga, jadi saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia, Natipah Abu yang menguruskan perpindahan keluarga berkenaan berkata, pihaknya berjaya mendapatkan bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang akan membayar sewa rumah pada kadar RM350 sebulan bagi tempoh tiga bulan.

"Kita berterima kasih kepada LZNK yang banyak membantu keluarga asnaf terbabit melalui bantuan sewa rumah selama tiga bulan selain kita turut bantu melengkapkan rumah mereka dengan perabot dan keperluan lain.

"Pada masa sama, Jamil juga ditawarkan menjadi pekerja kebersihan masjid di Murtadha Dakwah Centre (MADAD) yang diuruskan Pengarah Urusannya, Mohammad Yaakub Yusra," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan sepasang suami isteri bersama dua anak perempuan terpaksa menjadikan garaj kereta di Kampung Sungai Batu Besi, Merbok sebagai tempat tinggal sejak dua minggu lalu akibat kesempitan hidup.

Keluarga terbabit tidak mempunyai pilihan lain, berikutan tidak mampu lagi membayar sewa rumah selepas Jamil selaku ketua keluarga berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan selepas mengalami masalah gaji tidak dibayar sejak empat bulan lalu.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.867012 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list