CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 1

[Pulau Pinang] 4 keldai akaun termasuk warga emas ditahan

[Copy link]
Post time 19-4-2023 04:53 PM | Show all posts |Read mode
4 keldai akaun termasuk warga emas ditahan


BERNAMA



GAMBAR hiasan



Balik Pulau: Polis menahan empat lelaki termasuk seorang warga emas dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM47,006, semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan hari ini memaklumkan empat lelaki berusia 25 hingga 68 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya.

"Berdasarkan siasatan mereka disyaki menjadi keldai akaun oleh sindiket dalam penipuan iaitu menyamar sebagai pegawai Touch N Go, pinjaman wang tidak wujud melalui dalam talian dan pelaburan Forex Torque Market LTD.

"Jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa ialah RM300 sehingga RM47,006 membabitkan kes yang dilaporkan pada tahun 2021, 2022 dan 2023," menurut kenyataan itu.

Semua mereka kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



Disiarkan pada: April 19, 2023 @ 4:42pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2023 11:41 AM | Show all posts
rugi ..

free ja kena bayaq denda .. mau kena 500 - 700 gak tu paling kurang ..

tp, kekadang depa ni pun ada sindiket .. sewa account ..

denda sindiket tolong byr .. jemm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.149532 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list