CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 0

[Kedah] Minta kebumikan dekat kubur ayah

[Copy link]
Post time 20-4-2023 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Minta kebumikan dekat kubur ayah


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



Norizan yang menghidap kanser payu dara meninggal dunia semalam. FOTO IHSAN KELUARGA




Pendang: "Isteri pesan kalau dia meninggal dunia, kebumikan berhampiran kubur bapanya di Kampung Paya Kerchut dan tak sangka itu permintaan akhirnya sebelum menghembuskan nafas terakhir petang semalam," kata Mohd Nizam Ishak, 41.

Mohd Nizam adalah suami kepada Norizan Abu Seman, 40, yang menghidap kanser payu dara tahap empat dan meninggal dunia jam 3.30 petang semalam.

Kisah Norizan pernah disiarkan Harian Metro pada 14 Februari lalu apabila suaminya tidak sampai hati melihat isterinya menangis kesakitan akibat luka di payu dara kanannya semakin hari semakin teruk hinggakan dia tidak dapat tidur malam.

Pesakit itu kemudian dibantu Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM) yang membawanya dari rumah mereka di Kampung Bukit Morai, Mukim Padang Pusing ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Susulan itu, Norizan mendapat sumbangan lebih RM15,000 daripada pembaca Harian Metro yang menghulurkan sumbangan kerana bersimpati dengan nasibnya untuk menampung kos rawatan serta perbelanjaan harian mereka sekeluarga.

Menurut Mohd Nizam, keadaan isterinya semakin tenat sejak tiga hari lalu apabila dia sering muntah dan tidak berselera makan.

Katanya, kali terakhir dia menjalani rawatan kemoterapi bulan lalu di Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum doktor memaklumkan tiada lagi rawatan sesuai untuknya.

"Arwah isteri minta pulang ke rumah dan kalau boleh hendak meninggal di rumah ini malah saya dah tunaikan permintaannya.

"Saya dan dua anak berusia 5 dan 11 tahun redha dengan pemergian arwah walaupun lagi dua hari kita nak sambut Hari Raya Aidilfitri.

"Kami pun tak buat apa persiapan raya pun sebab memang beri tumpuan sepenuhnya menjaga arwah sebelum ini dan apa yang berlaku ketentuan takdir Allah SWT," katanya ketika dihubungi hari ini.

Norizan menghidap kanser payu dara pada 2020 selepas menyedari ada ketulan pada payu dara sewaktu menyusu anak bongsu yang ketika itu berusia dua tahun.

Allahyarhamah sebelum ini turut menggunakan khidmat bomoh tradisional sebagai usaha untuk meredakan kesakitan yang dialami isterinya tetapi gagal kerana bengkak itu bertambah parah sehingga sekarang.



Disiarkan pada: April 20, 2023 @ 3:23pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.767053 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list