CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

[Kedah] Wanita warga emas maut selepas rebah sebelum solat Aidilfitri

[Copy link]
Post time 22-4-2023 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Wanita warga emas maut selepas rebah sebelum solat Aidilfitri



Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



Gambar hiasan.




Padang Terap: Wanita warga emas rebah ketika hendak menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Tandop Besar, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, wanita terbabit yang berusia 75 tahun itu dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau berkata, sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan warga emas terbabit sudah meninggal dunia.

"Berdasarkan keterangan anaknya, wanita terbabit mempunyai rekod sakit jantung.

"Namun kematiannya tidak membabitkan sebarang unsur jenayah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mulkiaman berkata, jenazah wanita warga emas itu akan dikebumikan hari ini.




Disiarkan pada: April 22, 2023 @ 5:17pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.992096 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list