CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 0

[Pulau Pinang] MAINPP, JAINPP akan bincang kandungan baharu kursus praperkahwinan

[Copy link]
Post time 25-4-2023 03:51 PM | Show all posts |Read mode
MAINPP, JAINPP akan bincang kandungan baharu kursus praperkahwinan


Oleh Nur Izzati Mohamad - April 25, 2023 @ 3:28pm [email protected]




Kandungan kursus persediaan perkahwinan di Pulau Pinang akan diperbaharui mengikut kesesuaian semasa dalam memastikan bakal suami isteri lebih bersedia mempersiapkan diri mereka dengan ilmu sebelum menempuh alam rumahtangga.




GEORGETOWN: Kandungan kursus persediaan perkahwinan di Pulau Pinang akan diperbaharui mengikut kesesuaian semasa dalam memastikan bakal suami isteri lebih bersedia mempersiapkan diri mereka dengan ilmu sebelum menempuh alam rumahtangga.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata pihaknya bersama Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) akan berbincang dengan pemegang taruh dan pakar berkaitan bagi meneliti isu berkenaan.

Beliau menyedari bahawa ramai pihak yang membangkitkan soal kursus persediaan perkahwinan yang perlu diteliti semula berikutan kes penceraian yang semakin meningkat.

"Ini termasuk soal memperkasakan kandungan kursus yang dianjurkan oleh JAINPP dan juga akan berbincang mengenai cadangan yang dikemukakan (termasuk kursus kepada golongan yang sudah berkahwin )," katanya ketika dihubungi BH.

Jelasnya, kandungan kursus adalah wajar diubah suai mengikut keadaan semasa memandangkan banyak kes perceraian berlaku atas faktor emosi dan tekanan yang tidak dapat diurus dengan baik.

BH sebelum ini melaporkan modul kursus praperkahwinan pasangan Islam di negara ini perlu dirombak dan disesuaikan dengan keperluan semasa seperti ilmu berhubung pengurusan mental dan emosi serta berkaitan jenayah keganasan rumah tangga.

Ahli kriminologi dan aktivis masyarakat serta pejuang hak wanita, berpandangan Modul Bersepadu Kursus PraperkahwinanIslam yang dikawal selia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu ditambah baik.

Mereka menyarankan modul sedia ada dinilai semula kesesuaiannya dan beberapa modul baharu dimasukkan, khususnya bagi menangani kes keganasan rumah tangga, termasuk kejadian bunuh pasangan oleh suami atau isteri.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.049514 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list