CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 371|Reply: 0

[Pulau Pinang] Operasi pembenihan awan tertakluk keadaan cuaca, awan

[Copy link]
Post time 27-4-2023 04:55 PM | Show all posts |Read mode

Operasi pembenihan awan di di empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang tertakluk kepada keadaan cuaca dan awan di kawasan berkenaan.



GEORGE TOWN – Operasi pembenihan awan di kawasan tadahan air empangan Teluk Bahang dan Air Itam di sini tertakluk kepada keadaan cuaca semasa serta awan di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, operasi itu masih dicadangkan pada tarikh 29 April hingga 7 Mei ini bagi membantu mencetuskan hujan di kawasan tersebut, namun perlu bergantung kepada keadaan cuaca.

“Sekiranya pada tarikh ini pemerhatian mendapati awan tidak ada secara semula jadi maka aktiviti pembenihan awan tidak boleh dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan kapasiti air di dua empangan utama di negeri ini iaitu empangan Teluk Bahang dan empangan Air Itam menyusut susulan kekurangan hujan di kawasan berkenaan.

Setakat 24 April lalu, kapasiti empangan Air Itam merekodkan paras 44.8 peratus manakala empangan Teluk Bahang pula berada pada paras 48.6 peratus.

Susulan daripada itu, operasi pembenihan awan bakal diadakan di kawasan tadahan air itu bagi mencetuskan hujan di kawasan tersebut.

“Kita tidak wujudkan awan menerusi proses pembenihan awan ini, awan di tempat berkenaan perlu wujud secara semulajadi dan kemudian setelah didapati ada awan yang sesuai barulah bahan kimia akan dilepaskan ke dalam awan ini untuk mencetuskan hujan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... keadaan-cuaca-awan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.061102 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list