CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

[Kedah] 13 rumah, kenderaan rosak dihempap pokok tumbang

[Copy link]
Post time 28-4-2023 12:53 PM | Show all posts |Read mode
13 rumah, kenderaan rosak dihempap pokok tumbang


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



ANGGOTA APM Kota Setar dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar melakukan operasi penyelamatan dan memotong pokok yang menghempap. FOTO ihsan APM




Alor Setar: Angin kencang dan hujan lebat petang semalam menyebabkan sebanyak 13 rumah di dua mukim di sini, rosak.

Kejadian berlaku ketika penduduk Taman Nuri di Jalan Datuk Kumbar dan Kampung Baru sedang meraikan hari keenam Aidilfitri.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Setar Kapten (PA) Abdul Haliq Rafiq Mokhtar berkata, paling banyak kerosakan rumah berlaku di Taman Nuri yang membabitkan 11 kediaman, manakala di Kampung Baru pula membabitkan dua rumah.

Menurutnya, kejadian berlaku pada 4.50 petang yang turut menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini turut terjejas.

"Selain itu, terdapat beberapa kenderaan turut rosak akibat dihempap pokok tumbang di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sultanah Asma," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Halim Rafiq berkata, pihaknya turut melakukan pemantauan di kawasan yang terjejas akibat kejadian ribut itu.

Selain itu, kejadian terbabit turut menyebabkan tiga kenderaan yang parkir di tepi jalan serta sebuah bas persiaran yang sedang bergerak berhampiran Plaza Tol Alor Setar Utara turut rosak dihempap pokok tumbang.




Disiarkan pada: April 28, 2023 @ 10:40am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:44 PM GMT+8 , Processed in 1.127764 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list