CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 199|Reply: 0

[Kedah] Maut dilanggar kereta potong tak lepas

[Copy link]
Post time 29-4-2023 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Maut dilanggar kereta potong tak lepas


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



LOKASI kemalangan di Kampung Bandar. FOTO tular




Baling: Pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditungganginya bertembung kereta di Kampung Bandar, Jalan Baling/Weng/Tanjung Pari, di sini malam tadi.

Mangsa, Ahmad Halime Yusof, 56, dari Kampung Bechah Sawa, Mukim Siong, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, anggotanya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada 9.50 malam.

Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal terbabit dari arah Baling menghala ke Tanjung Pari.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Perodua Myvi yang dipandu lelaki berusia 42 tahun dari arah bertentangan tidak lepas sewaktu memotong dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal mangsa.

"Selepas itu, penunggang motosikal itu terjatuh di bahu jalan sebelah kiri manakala pemandu kereta terbabit hilang kawalan dan melanggar pengadang besi jalan di sebelah kiri," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shamsudin berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.

"Pemandu kereta Perodua Myvi terbabit hanya mengalami cedera ringan di muka.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.




Disiarkan pada: April 29, 2023 @ 12:43pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:44 PM GMT+8 , Processed in 1.388558 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list