CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Jangan jadikan Projek PSI seperti Straits Quay'

[Copy link]
Post time 29-4-2023 03:28 PM | Show all posts |Read mode
'Jangan jadikan Projek PSI seperti Straits Quay'


Oleh Audrey Dermawan - April 29, 2023 @ 3:10pm [email protected]




Datuk Dr Muhamad Farid Saad. - NSTP/Shahnaz Fazlie Shahrizal




GEORGETOWN: Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (PEMIKIR) bimbang nelayan sekitar selatan Pulau Pinang, menerima nasib sama seperti mereka yang suatu masa dahulu terbabit dengan projek tebus guna Tanjung Tokong yang kini dikenali sebagai Straits Quay.

Pengerusi PEMIKIR, Datuk Dr Muhamad Farid Saad, membangkitkan persoalan, sama ada Kerajaan Persekutuan dan Pulau Pinang mempunyai rancangan memastikan tiada sesiapa ketinggalan hasil pembangunan tiga pulau buatan di bawah projek Pulau Pinang Selatan (PSI) itu.

Beliau berkata, jika projek terbabit dilaksanakan, adakah Kerajaan Pusat dan Pulau Pinang mempunyai perancangan memastikan tiga pulau buatan diduduki secara adil oleh penduduk negeri itu termasuk warga tempatan.

"Mengimbau kembali projek tebus guna pantai di Tanjung Tokong yang kini dikenali sebagai Straits Quay atau Seri Tanjung Pinang, ada nelayan menderita sepanjang tempoh projek itu berlangsung.

"Apatah lagi untuk projek PSI di mana kerja-kerja penambakan boleh berlanjutan sehingga lebih dua dekad?

"Lihat sahaja siapa yang tinggal di Straits Quay atau Seri Tanjung Pinang sekarang, adakah kumpulan B40? Kumpulan mana yang memonopoli tanah dan rumah di situ? Ia sudah jadi kawasan elit," katanya di sini, hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, pada Rabu lalu memberitahu projek PSI yang membabitkan penambakan laut secara besar-besaran di negeri itu memperoleh kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA), dengan 71 syarat perlu dipenuhi.

Kon Yeow berkata, pihaknya menerima surat bertarikh 11 April daripada Jabatan Alam sekitar (JAS) di Putrajaya berhubung kelulusan itu, namun masih terdapat beberapa proses perlu dilalui.

Sehubungan itu, Kon Yeow berkata kerja penambakan hanya akan dimulakan pada suku ketiga tahun ini.

Terdapat pertubuhan alam sekitar dan nelayan melahirkan kekecewaan kerana kelulusan EIA.

Mereka mendakwa semua kebimbangan yang dibangkitkan selama ini bertukar sia-sia sekali gus menggesa JAS untuk memberikan ulasan berhubung perkara itu dengan telus.

Mengulas lanjut, Muhamad Farid berkata, projek PSI bukan sahaja memberi kesan kepada nelayan Pulau Pinang tetapi implikasinya boleh meleret sehingga ke Perak.

"Pencemaran laut juga akan memberi kesan langsung kepada Perak kerana tanah laut akan diambil dari situ.

"Bagaimana pula dengan tanah merah dan batu yang akan digunakan...dari mana semua itu akan diambil?" soalnya.

Muhamad Farid berkata, kelulusan EIA adalah sesuatu yang dijangka walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mempunyai keraguan berhubung hal itu beberapa tahun lalu.

Memandangkan Anwar mempunyai keraguan mengenai projek itu, beliau mempersoal mengapa tidak Perdana Menteri menyediakan dana daripada Kerajaan Pusat untuk membiayai projek infrastruktur atau mencadangkan kaedah pembiayaan lain selaras dengan prinsip Kerajaan Madani.

"Sekarang beliau berada di kemuncak kuasanya, akan tetapi projek yang mendapat bantahan awam telah diluluskan.

"Apakah faedahnya kepada rakyat? Adakah benar hasil jualan tanah pulau ini akan digunakan untuk membiayai projek infrastruktur negeri sahaja atau ada agenda lain? Kerajaan negeri lebih tahu.

"Mungkin bakal ketua menteri yang akan menerajui pimpinan DAP lebih mengetahui sasaran sebenar kerana projek ini akan dimulakan pada suku ketiga tahun ini," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.143773 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list