CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 0

[Pulau Pinang] PM diminta jumpa nelayan, NGO isu projek Pulau Pinang Selatan

[Copy link]
Post time 30-4-2023 03:20 PM | Show all posts |Read mode
PM diminta jumpa nelayan, NGO isu projek Pulau Pinang Selatan


Zuhainy Zulkiffli - April 30, 2023 @ 1:10pm [email protected]




Pelan pembangunan projek Pulau Pinang Selatan (PSI). - NSTP/MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta meluangkan masa bagi mendengar luahan rakyatberkait projek Pulau Pinang Selatan (PSI) ketika Perdana Menteri menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di negeri ini pada Sabtu depan.

Pertemuan itu akan membolehkan golongan yang terkesan dengan projek berkenaan, terutama nelayan serta badan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan bantahan mereka secara terus kepada Perdana Menteri bagi mendapat penilaian terbaik.

Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Oh Tong Keong, berkata ia juga secara tidak langsung memudahkan golongan berkenaan daripada terpaksa ke Putrajaya semata-mata bagi menyatakan bantahan.

Timbalan Presiden GERAKAN merangkap Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Oh Tong Keong.

"Kami ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kesediaannya mendengar pendapat nelayan mengenai PSI. Ia menunjukkan beliau mesra dengan rakyat negeri ini.

"Kita mohon beliau peruntukkan sedikit masa ketika hadir ke Pulau Pinang pada 6 Mei depan bagi bertemu dan mengadakan dialog pendek bersama nelayan serta NGO," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Berbanding Anwar, Tong Keong yang juga Timbalan Presiden GERAKAN menyifatkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow angkuh apabila mendakwa projek PSI mendapat sokongan majoriti penduduk Pulau Pinang sejak ia dimulakan pada 2013.

Khamis lalu, portal berita melaporkan Kon Yeow berkata, projek yang sebelum ini dikenali sebagai Penang South Reclamation (PSR) turut dijadikan manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) dan majoriti rakyat negeri ini memutuskan untuk menyokongnya.

Tong Keong berkata, kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan pertemuan pendek itu bakal memberi harapan besar buat golongan nelayan dan NGO berbanding beliau meluangkan masa seharian di majlis rumah terbuka Aidilfitri pada 6 Mei nanti.

"Saya percaya Perdana Menteri pasti bersimpati kepada rakyat Pulau Pinang dan akan ambil maklum berhubung permintaan ini. Malah kita juga berharap projek PSI yang mendapat tentangan ramai dibatalkan selepas kerajaan pusat mendengar pendapat umum," katanya lagi.

Terdahulu pada Rabu lalu, Kon Yeow mengumumkan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek PSI telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dengan 71 syarat perlu dipenuhi.

Menurut Ketua Menteri, beberapa proses perlu dilalui terlebih dahulu, selain menjelaskan kerja tambakan hanya akan dimula pada suku ketiga 2023.

Projek bernilai RM11 bilion itu membabitkan pembangunan tiga pulau buatan dengan keluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut dekat Bayan Lepas dan dibantah komuniti nelayan serta NGO alam sekitar kerana didakwa bakal merosakkan ekosistem marin di situ.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.511684 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list