CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pembenihan awan dijadualkan semula pada Mei

[Copy link]
Post time 30-4-2023 03:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 30-4-2023 03:28 PM

Pembenihan awan dijadualkan semula pada Mei

oleh  MOHD ISKANDAR OTHMAN 30 April 2023  11:10am





Foto hiasan




GEORGETOWN - Gelombang pertama operasi pembenihan awan di Pulau Pinang telah dijadualkan semula untuk dimulakan pada awal Mei, berdasarkan cadangan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Sdn Bhd Rasional, Ir Pathmanathan K berkata, rasional utama di sebalik langkah ini adalah untuk memaksimumkan potensi hujan lebat dengan menjalankan operasi pembenihan awan hanya apabila keadaan cuaca optimum dengan hujan besar diramalkan berlaku pada ketinggian yang betul.

Menurutnya, PBAPP telah dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan ini oleh Badan Kawal Selia Air Pulau Pinang dalam surat bertarikh 28 April lalu.

"Kami menyokong sepenuhnya pendekatan berorientasikan hasil ini.

"PBAPP menghargai sokongan baik Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), TUDM, MetMalaysia dan BKSA dalam mengatur dan mempercepatkan operasi pembenihan awan untuk Pulau Pinang," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Ahad.

Pathmanathan berkata, sehingga Sabtu kapasiti efektif empangan Air Itam ialah sebanyak 43.6 peratus manakala empangan Teluk Bahang pula sebanyak 49.1 peratus.

Beliau berkata, kapasiti efektif kedua-dua empangan ini telah berkurangan kerana kekurangan taburan hujan di kawasan tadahan air yang berkaitan.

Jelasnya, musim kemarau yang berpanjangan berikuran dengan perubahan iklim dan permintaan air yang tinggi di Pulau Pinang sejak awal tahun 2023 adalah punca utama fenomena ini.


"Empangan-empangan berkenaan perlu diisi semula dengan air sebanyak mungkin bagi mengelak krisis bekalan air yang berpotensi berlaku di Pulau Pinang sebelum musim hujan akan datang.

"Pesawat TUDM yang menjalankan operasi pembenihan awan pada bulan Mei 2023 akan berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang di Selangor.

"Seorang jurutera PBAPP telah ditugaskan untuk berada di dalam pesawat untuk menyaksikan setiap misi di Pulau Pinang,"tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Pathmanathan berkata, PBAPP juga akan memantau hasil operasi pembenihan awan dengan merekodkan hujan di kawasan tadahan air yang disasarkan dan kapasiti efektif Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang, selepas operasi selesai.

Katanya, bergantung kepada hasilnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan PBAPP mungkin memohon lebih banyak operasi pembenihan awan pada tahun 2023.



sumber

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.050701 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list