CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Kedah] Cuaca panas beri rezeki berbeza

[Copy link]
Post time 2-5-2023 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 2-5-2023 06:16 PM

Cuaca panas beri rezeki berbeza

oleh   WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR  02 Mei 2023   05:44pm





Jariah mengangkat asam keping yang telah siap dijemur di Kampung Bendang Raja, Kuala Nerang pada Selasa.




PADANG TERAP - Fenomena cuaca panas dan bahang yang melanda daerah Padang Terap sejak beberapa hari lalu memberikan rezeki kepada seorang pengusaha asam keping, Jariah Yahya, 70, di Kampung Bendang Raja, Kuala Nerang, dekat sini.

Menurutnya, proses menjemur asam keping menjadi lebih cepat berbanding sebelum ini yang perlu mengambil masa empat ke lima hari.

"Asam keping ini lambat kering kalau cuaca tidak panas betul-betul. Sejak beberapa hari lalu, cuaca memang sangat panas dan dalam masa dua hari asam keping yang dijemur dapat kering dengan cepat.

"Jika cuaca tidak panas betul-betul, asam keping yang dijemur akan rosak, jadi berkulat dan jadi hitam serta perlu dibuang kerana tidak boleh dimakan.

"Cuaca kemarau macam sekarang ini memang asam keping akan cepat kering dalam tempoh dua hari sahaja dah boleh simpan dalam plastik," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bendang Raja, Kuala Nerang pada Selasa.



Mohd Azlan menunjukkan pokok pisangnya yang patah dan rosak disebabkan oleh kekurangan air disebabkan oleh musim kemarau di Kampung Pisang, Kuala Nerang pada Selasa.




Jariah yang telah mengusahakan asam keping lebih 10 tahun berkata, asam keping yang telah siap dikeringkan akan dijual pada harga RM20 bagi setiap kilogram.

Dia berkata, setiap pagi suaminya, Abdul Rahman Yusof, 73, akan membantu mengutip buah asam gelugur sebelum dihiris untuk dijemur di perkarangan rumah mereka setiap pagi.

Berbeza pula buat pengusaha tanaman pisang di Kampung Pisang dekat sini apabila mengalami kerugian selepas banyak pokok pisangnya rosak dan tumbang disebabkan cuaca panas.

Mohd Azlan Abdul Manaf, 39, berkata lebih 1,000 pokok pisang jenis berangan dan raja yang ditanam patah selepas kekurangan air.

Menurutnya, kolam tadahan air di ladangnya juga hampir kering dan tidak mampu menyiram pokok pisang yang ditanam.

"Saya tanam pisang sebanyak 5,000 pokok di ladang ini dan yang telah rosak ada dalam 1,000 pokok. Musim kemarau ini menyebabkan air kurang dan batang pisang mudah patah.

"Tandan buah pisang tak sempat hendak besar dan buah tidak sempat matang menyebabkan saya rugi dalam jumlah yang agak besar juga," katanya yang reda dengan ujian tersebut dan kini sedang mengusahakan tanaman tembikai madu sejak penghujung April lalu.

Pada Isnin, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi kawasan Padang Terap di Kedah dan Jempol di Negeri Sembilan.

Menurut data jabatan itu, gelombang haba tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian melebihi 35 hingga 37 darjah celsius untuk sekurang-kurangnya tempoh tiga hari berturut-turut.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.357004 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list