CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

[Pulau Pinang] TUDM laksana operasi pembenihan awan di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 2-5-2023 09:44 PM | Show all posts |Read mode
TUDM laksana operasi pembenihan awan di Pulau Pinang


Oleh Nor Azizah Mokhtar - Mei 2, 2023 @ 9:35pm [email protected]




Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersamaJabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan tadahan Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam, di sini bermula hari ini. PIX/IHSAN TUDM




KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan tadahan Empangan Teluk Bahang dan Empangan Teluk Air Itam, Pulau Pinang, hari ini.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan, berkata operasi dijalankan secara bersepadu bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Katanya, OPA yang juga usaha bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu dijangka akan diteruskan sehingga Khamis ini, namun bergantung kepada keadaan.

"Operasi dilaksanakan menggunakan pesawat angkut C130 Hercules dan sesi dimulakan dengan taklimat penerbangan dan keselamatan oleh Komander Pesawat, Leftenan Kolonel Mohd Khairol Fadly Abu Bakar.

"Pada jam 11 pagi, kakitangan METMalaysia dan TUDM membuat bancuhan garam dan untuk operasi kali ini, sebanyak empat tangki bancuhan larutan garam disediakan dengan muatan 1,500 liter setiap satu tangki," katanya.



Sebanyak empat tangki bancuhan larutan garam telah disediakan untuk Operasi Pembenihan Awan (OPA) dengan setiap tangki memerlukan 200 kilogram (kg) garam. PIX/IHSAN TUDM

Kenyataan itu memaklumkan, setiap tangki memerlukan 200 kilogram (kg) garam menjadikan keseluruhannya campuran air garam, mengandungi 800kg garam dan 6,000 liter air.

"Proses menyediakan empat tangki bancuhan larutan garam mengambil masa kira-kira tiga jam sebelum bancuhan yang siap dimasukkan ke dalam pesawat C130H oleh anak kapal No 20 Skuadron.

"Pesawat C130 diterbangkan Mohd Khairol Fadly dibantu Juruterbang Pertama, Mejar Mohammad Irwan Kamarudzaman dan Pembantu Juruterbang, Kapten Ahmad Aslam Hadi Hassan berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada jam 2.45 petang tadi," katanya.

Penerbangan turut disertai lima anak kapal iaitu Mejar Solihin Azman, Mejar Yusof Baydowi, Pegawai Waran Udara 1 Saifu Abdullah, Sarjan Udara Khusyairi, empat kakitangan METMalaysia serta seorang kakitangan Badan Kawal Selia Air.

"Semoga usaha bersepadu yang dilaksanakan dapat membantu usaha-usaha pembenihan awan bagi memulihkan bekalan air yang terjejas dan semakin menyusut di kawasan tadahan hujan.

"Pihak TUDM melalui No 20 Skuadron tetap komited membantu misi OPA yang dilaksanakan dan semoga usaha ini mendatangkan hasil," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.089370 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list