CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 248|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kotor, logo halal meragukan, pusat sembelih ayam diarah tutup

[Copy link]
Post time 3-5-2023 03:18 PM | Show all posts |Read mode

SEBUAH pusat penyembelihan ayam di Teluk Kumbar, Pulau Pinang diarah tutup buat sementara waktu kerana beroperasi dalam keadaan tidak bersih selain mempamerkan logo halal mengelirukan.



GEORGE TOWN: Sebuah pusat penyembelihan ayam di Kampung Matahari Naik, Teluk Kumbar dekat sini, diarah tutup buat sementara waktu selepas didapati beroperasi dalam keadaan tidak bersih.

Penutupan selama dua minggu itu dibuat di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Barat Daya, malam tadi.

Terdahulu, premis itu diserbu dalam operasi bersepadu yang disertai oleh PKD Barat Daya; pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri; Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP).

Turut serta dalam operasi itu ialah Bahagian Pengurusan Halal (BHP) di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP); Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta beberapa agensi lain.



Sementara itu, BPH JHEAINPP dalam satu kenyataan memberitahu, selain beroperasi dalam keadaan tidak bersih, pusat penyembelihan ayam itu juga dikesan melakukan kesalahan ketika mempamerkan logo halal pada papan tanda premis berkenaan.

“Sehubungan itu, pihak syarikat (pemilik premis) telah diberi notis dan teguran untuk menanggalkan dan membuang logo halal serta perbahasan penandaan halal yang tertera di papan tanda jualan dengan segera.

“Tindakan (kemudian) telah diambil oleh pihak syarikat,” kata kenyataan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz yang turut serta dalam operasi itu kecewa kerana mendakwa pemilik premis itu bukan beragama Islam dan mengupah penyembelih warga asing untuk menjalankan operasi di situ.

Katanya, hasil sembelihan itu pula telah dipasarkan di Pasar Tanjung Bungah dengan tidak bertanggungjawab apabila menggunakan logo halal yang jelas mengelirukan pembeli beragama Islam.

“Saya berharap tindakan tegas dikenakan supaya hal halal haram tidak dipermainkan sebegitu rupa demi untuk keuntungan perniagaan mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... -ayam-diarah-tutup/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.263027 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list