CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 220|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ops Selamat 20: Kemalangan maut di Pulau Pinang menurun

[Copy link]
Post time 3-5-2023 03:21 PM | Show all posts |Read mode

MOHD. SHUHAILY Mohd. Zain ketika sesi 'walkabout' pencegahan jenayah di pasar awam Jelutong, Pulau Pinang hari ini.



GEORGE TOWN: Jumlah kemalangan maut yang dicatatkan menerusi Ops Selamat 20 di Pulau Pinang sempena perayaan Aidilfitri tahun ini merekodkan penurunan sebanyak 67 peratus.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, ia melibatkan tiga kes kemalangan maut berbanding sembilan kes, pada tahun lalu.

”Jumlah kes kemalangan yang dicatatkan sepanjang Ops Selamat di adakan di Pulau Pinang ialah 1,030 kes berbanding 1,001 kes tahun lalu.

”Sepanjang Ops Selamat 20 ini juga, sebanyak 4,570 saman dikeluarkan, berbanding 15,603 saman tahun lalu, iaitu penurunan sebanyak 71 peratus,” katanya selepas sesi ‘walkabout’ pencegahan jenayah di pasar awam Jelutong, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Shuhaily berkata, polis melaksanakan tindakan penguatkuasaan trafik secara menyeluruh bagi membendung salah laku di jalan raya di negeri itu mulai kelmarin.

Katanya, penguatkuasaan itu membabitkan semua undang-undang dan peraturan asas jalan raya yang sering diabaikan pengguna.

”Tiada lagi amaran kepada pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan seperti sebelum ini memandangkan pihak polis telah memberikan kelonggaran kepada pengguna jalan raya.

”Tindakan saman akan terus dikenakan kepada pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan,” katanya.

Tambah beliau, polis menjalankan lima fasa penguatkuasaan trafik bermula awal tahun ini bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk lebih mematuhi undang-undang ketika berada di jalan raya.

”Kita nampak keberkesanan program ini di mana pengguna lebih sedar mengenai peraturan di jalan raya.

“Sebelum ini ada yang tidak tahu mereka perlu berhenti sebelum berada di garisan putih pada lampu isyarat, sekarang ini kita dapati ramai yang sudah sedar mengenainya,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... lau-pinang-menurun/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.723860 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list