CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 259|Reply: 0

[Pulau Pinang] Video tular masuk rumah ambil barangan, bukan di Farlim

[Copy link]
Post time 3-5-2023 07:14 PM | Show all posts |Read mode
Video tular masuk rumah ambil barangan, bukan di Farlim


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



TANGKAP layar video tular memaparkan empat lelaki memasuki sebuah rumah sebelum mengambil beberapa barangan. FOTO tular




Georgetown: Polis menafikan video tular memaparkan empat lelaki memasuki sebuah rumah yang didakwa di Farlim, di sini, sebaliknya ia kejadian yang berlaku di Selangor.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya mengesan video yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu di Facebook dan semakan mendapati lokasi sebenar kejadian adalah di Selangor.

"Hasil semakan mendapati lokasi kejadian adalah di Selangor dan bukan di Farlim seperti yang didakwa pemilik akaun.

"Penyebar berita palsu boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Menerusi video tular berkenaan, empat individu memasuki sebuah rumah dan mengambil beberapa barangan sebelum bertindak meninggalkan kediaman itu
.


Disiarkan pada: Mei 3, 2023 @ 6:35pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.924857 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list