CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

[Kedah] Putri Nur Damia tak sabar nak berjalan semula

[Copy link]
Post time 6-5-2023 11:21 AM | Show all posts |Read mode

Putri Nur Damia (kiri) bersama Hasni (kanan) dan Pengerusi CSM, Zuraini Kamal (dua dari kiri) pada sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran KMEK di Alor Setar, malam tadi. - NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI

ALOR SETAR: Remaja berusia 14 tahun yang mengidap penyakit tulang rapuh tidak sabar untuk menjalani pembedahan memasukkan besi pada peha, sekali gus membolehkannya berjalan semula.

Putri Nur Damia Danisha Abdullah berkata, pembedahan itu dijangka diadakan Ogos depan selepas wang RM48,000 yang diperlukan berjaya dikumpul hasil sumbangan pelbagai pihak.

Pelajar tingkatan dua pendidikan khas Sekolah Menengah Alor Merah, di sini, sudah melakukan tujuh pembedahan memasukkan besi pada kaki susulan penyakit dihidapinya itu dan sepatutnya menjalani empat lagi pembedahan sama pada kedua-dua belah paha dan betis pada 31 Januari lalu, namun terpaksa ditangguh akibat masalah kewangan.

Kisahnya yang menghidap penyakit tulang rapuh atau Osteogenesis Imperfecta Type III itu disiarkan media dengan dana melebihi RM50,000 berjaya dikutip untuk tujuan pembedahan itu.


Ini termasuk kutipan melalui Cancer Survivors Malaysia (CSM), selain sumbangan RM8,000 oleh Bank Simpanan Malaysia (BSN) dan NGO Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) sebanyak RM2,000 yang disampaikan pada 8 April lalu.

Ibu saudaranya, Hasni Baharom, berkata, Putri Nur Damia akan dibawa bertemu pakar tulang di Hospital Kepala Batas di Pulau Pinang pada 11 Mei ini untuk berbincang mengenai tarikh pembedahan itu.

"Doktor hanya maklumkan pembedahan akan dibuat sekitar Ogos, tetapi perbincangan untuk menetapkan tarikh akan dibuat Khamis ini.

"Alhamdulillah, masih ada yang sudi menghulurkan sumbangan kepada Putri Nur Damia sebelum Aidilfitri lalu walaupun duit untuk kos pembedahan itu sudah mencukupi.

"Putri Nur Damia nampak sangat gembira dan tak sabar untuk berjalan semula walaupun perlu berehat panjang selepas pembedahan dilakukan," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Kelab Media Elit Kedah (KMEK) di WNS Homestay, di sini, malam tadi.
https://www.bharian.com.my/berit ... nak-berjalan-semula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.179347 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list