CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 1

[Pulau Pinang] Bekas pemimpin kaya dicabar serah kekayaan kepada orang Melayu

[Copy link]
Post time 6-5-2023 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Bekas pemimpin kaya dicabar serah kekayaan kepada orang Melayu



M Hifzuddin Ikhsan
[email protected]





Permatang Pauh: Bekas pemimpin yang mengaut keuntungan ketika memerintah dicabar menyerahkan separuh kekayaan mereka kepada orang Melayu, sekiranya benar mahu membantu masyarakat itu yang dikatakan masih ketinggalan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ada pemimpin dilihat mengaut kekayaan untuk diri sendiri dan sanak saudara namun sehingga kini gagal membantu orang Melayu.

Beliau berkata, hanya apabila pemimpin berkenaan tidak lagi mentadbir negara, baru mereka bersuara mahu membantu dan menyelamatkan orang Melayu yang dilupakan ketika mereka berkuasa.

"Disebabkan itu saya kata jangan guna kuasa untuk memperkayakan sanak saudara, kemudian apabila sanak saudara kaya dan mereka hilang kuasa, bercakap mengenai hidup Melayu dan hendak selamatkan Melayu.

"Kalau betul nak selamatkan Melayu, saya nak cakap pada pembesar, Tun dan Tan Sri yang kaya ini, kalau betul nak tolong Melayu, yang kamu ambil berpuluh bilion selama ini, bagi setengah kepada orang Melayu esok.

"Saya harap perkara ini sampai. Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) ke, Tun Daim (Tun Daim Zainuddin) ke, saya tak peduli. Berapa kekayaan, RM10 bilion, RM15 bilion? Betul nak tolong, nak jadi pejuang, nak selamatkan Melayu? Yang kamu sakau beri pada orang Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Hadir sama, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun menjelaskan, beliau dan Kerajaan Perpaduan terbuka dalam menerima kritikan dan teguran daripada semua pihak.

Bagaimanapun, tegasnya kritikan dan teguran itu harus berlandaskan fakta serta kebenaran bagi mengelak rakyat percaya kepada perkara tidak benar sehingga menggugat kestabilan negara.

"Kalau kamu seorang pendakwah, menyampaikan tazkirah dan bicara soal tegakkan Islam, kamu tidak boleh putar belitkan kenyataan dan tunggang agama untuk kepentingan diri dan politik.

"Jadi tegurlah, kritiklah. Saya boleh terima semuanya, cuma jangan fitnah dan jangan caci maki hamun kerana itu bukan lunas politik yang diamalkan di negara ini," katanya.



Disiarkan pada: Mei 6, 2023 @ 3:38pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2023 04:45 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.669903 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list