CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334|Reply: 0

[Kedah] Kabel tersangkut pada eskavator punca jalan sesak

[Copy link]
Post time 7-5-2023 11:04 AM | Show all posts |Read mode

Kabel utama TNB tersangkut pada eskavator yang diangkut sebuah lori di jalan utama Baling - Sungai Petani (Hadapan Stesen Petronas Kuala Ketil), semalam.



BALING – Kabel utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) tersangkut pada jentera berat eskavator yang diangkut oleh sebuah lori menyebabkan ia terseret dan terjatuh di atas jalan merentangi kedua-dua arah di Jalan Utama Baling – Sungai Petani (Hadapan Stesen Petronas Kuala Ketil), semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku pada pukul 5.50 petang menyebabkan laluan di kedua-dua arah laluan Baling – Sungai Petani – Baling ditutup menyebabkan aliran trafik sesak kedua-dua arah.

“Ketika melalui Jalan Utama Kuala Ketil arah Baling di hadapan Stesen Petronas Kuala Ketil, kabel utama TNB telah tersangkut pada jentera eskavator yang sedang diangkut di atas sebuah lori treler pengangkut jentera berat.


“Kejadian tersebut telah menyebabkan kabel TNB terseret lebih kurang 30 meter dan terjatuh di atas jalan merentangi kedua-dua arah laluan Baling – Sungai Petani – Baling,” kata Shamsudin.

Menurutnya, kejadian tersebut disedari pemandu lori treler itu dan bertindak memberhentikan kenderaannya.

Kejadian tersebut telah menyebabkan aliran trafik sesak di kedua-dua arah dan kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain.

“Tindakan dan kawalan daripada polis telah melancarkan aliran trafik, pihak TNB dan Pasukan Penyelenggaraan TNB telah tiba untuk memotong kabel elektrik yang terjatuh dan mengalihkannya daripada merentangi jalan.”

“Jurutera jalan Jabatan Kerjaraya (JKR) Baling bersama kumpulannya telah hadir mengawasi kerja-kerja oleh pihak TNB bagi memastikan keselamatan pengguna jalanraya,” kata Shamsudin.

Katanya lagi, tiada kecederaan yang berlaku dan laluan di kedua-dua arah tersebut telah dibuka kepada semua kenderaan kira-kira pukul 4.50 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... -punca-jalan-sesak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.593356 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list