CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

[Pulau Pinang] Status bekalan air Pulau Pinang ditahap waspada

[Copy link]
Post time 8-5-2023 02:13 PM | Show all posts |Read mode
Status bekalan air Pulau Pinang ditahap waspada


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mei 8, 2023 @ 1:53pm [email protected]




Gambar fail - Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K Pathmanathan. - Foto ihsan Astro Awani




GEORGETOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mendedahkan status bekalan air di negeri ini berada pada tahap waspada berikutan taburan hujan rendah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, K Pathmanathan berkata sedikit hujan direkodkan ketika gelombang pertama pembenihan awan dengan rizab air mentah di Empangan Air Itam dan Teluk Bahang masih di bawah 50 peratus.

Katanya, pihaknya turut mengesyorkan dan berharap operasi pembenihan awan gelombang kedua dapat dilakukan di Pulau Pinang tidak lama lagi bagi membantu menangani masalah itu.

"Sepanjang tempoh tiga hari pembenihan awan diadakan dari 2 hingga 4 Mei, PBAPP merekodkan taburan hujan 8.5 milimeter (mm) di kawasan tadahan air Empangan Air Itam dan 19.5mm di Teluk Bahang.

"Kapasiti efektif Empangan Teluk Bahang pada hari ini ialah 41.5 peratus berbanding 43.6 peratus sebelum pembenihan awan 1 Mei lalu, manakala Empangan Air Itam merekodkan 48.4 peratus berbanding 49.1 peratus dalam tempoh sama.

"Dalam tempoh 1 Januari hingga 7 Mei lalu, kapasiti efektif Empangan Air Itam menyusut sebanyak 41 peratus manakala kapasiti efektif Empangan Teluk Bahang menyusut sebanyak 15.6 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pathmanathan berkata kapasiti efektif maksimum Empangan Air Itam ialah 2,160 juta liter (JL) manakala Empangan Teluk Bahang (18,240JL).

Katanya, selain taburan hujan rendah sejak 1 Januari lalu faktor lain penyusutan rizab empangan berpunca daripada penggunaan air tinggi terutamanya pengguna domestik yang merekodkan kadar 61.6 peratus pada tahun lalu.

"Pada 2022, PBAPP membekalkan 868 juta liter sehari (JLH) air terawat di Pulau Pinang dan ini adalah purata `volume' setiap hari tertinggi untuk satu tahun yang kami bekalkan dalam sejarah PBAPP.

"Pada Januari 2023, kami memecahkan rekod 2022 dengan membekalkan purata 875 JLH manakala pada Februari 2023 kami membekalkan purata yang lebih tinggi sebanyak 944 JLH," katanya.

Pathmanathan merayu semua pengguna air domestik di Pulau Pinang agar mengurangkan penggunaan air di rumah dengan kadar segera.

"Ini adalah rayuan yang mendesak dan ia begitu relevan kepada pengguna air domestik di Air Itam, Paya Terubong serta semua kawasan perkhidmatan lain yang berdekatan Empangan Air Itam.

"Sama-sama bantu kami untuk memulihara rizab Empangan Air Itam selama mungkin dan ia adalah empangan terkecil di Pulau Pinang lebih-lebih lagi kita mungkin menghadapi fenomena El Nino tahun ini.

"Sekiranya kapasiti efektifnya mencecah sifar peratus tiada lagi air yang tinggal untuk dibekalkan ke Air Itam, Paya Terubong dan kawasan berhampiran," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 1.477357 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list