CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mercun, bunga api turut ancam haiwan - CAP

[Copy link]
Post time 8-5-2023 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Mercun, bunga api turut ancam haiwan - CAP


Oleh Nur Izzati Mohamad - Mei 8, 2023 @ 2:18pm [email protected]




Foto hiasan




GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengulangi gesaan bagi melarang penjualan mercun dan bunga api kerana ia bukan sahaja berbahaya kepada orang awam, namun turut menimbulkan trauma terhadap haiwan serta hidupan liar.

Hal itu berikutan, pendengaran haiwan adalah lebih sensitif berbanding manusia yang membuatkannya menggigil ketakutan.

Presiden CAP Mohideen Abdul Kader, berkata bunga api dan mercun menjadi satu kebiasaan pada setiap perayaan di negara ini yang bukan sahaja menyebabkan keselamatan orang awam tergugat tetapi juga haiwan serta hidupan liar turut terancam.

"Ironinya, sesetengah pemilik haiwan peliharaan sendiri tidak begitu sensitif terhadap ketakutan dan tekanan dihadapi oleh haiwan peliharaan mereka.

"Amat penting untuk diingatkan, pendengaran kebanyakan haiwan ini lebih sensitif daripada manusia.

"Letupan bunga api boleh menyakiti secara fizikal dan merosakkan pendengaran haiwan secara kekal serta boleh mengancam nyawa haiwan itu dalam beberapa cara yang berbeza," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

CAP membuat kenyataan itu bagi menyokong gesaan Pengerusi Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) Selangor, Christine Chin untuk melindungi haiwan peliharaan daripada mercun dan bunga api semasa musim perayaan.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata, bunyi kuat daripada mercun juga menyebabkan hidupan liar seperti burung cemas dan berada dalam ketakutan.

"Ini berlaku apabila ibu (burung) melarikan diri dari sarang selepas terdengar bunyi letupan kemudian tidak tahu cara untuk kembali kepada anak yang ditinggalkan yang terdedah dengan kesejukan kelaparan atau menjadi mangsa pemangsa.

"Terdapat juga bahaya apabila burung-burung ini merempuh bangunan semasa bergegas untuk melarikan diri atau menjadi keliru dalam pancaran cahaya secara tiba-tiba daripada bunga api.

"Sesetengah burung terbang lebih tinggi hanya untuk terdedah kepada produk sampingan berbahaya daripada bunga api yang termasuk sulfur dioksida dan nitrik oksida. Sulfur dioksida adalah ancaman kepada kesihatan haiwan," katanya.

Jelasnya, CAP sudah menggesa pengharaman bunga api dan mercun selama lebih dua dekad dan sehingga kini sukar percaya mengapa gesaan itu tidak dipedulikan bahkan menghalakan pula penjualannya sebagai langkah menghentikan penyeludupan bahan api berkenaan yang ia adalah satu kekekewaan.

"Daripada perspektif perlindungan alam sekitar, CAP percaya asas kukuh, baik dari segi alam sekitar dan undang undang, bagi mengharamkan mercun dan bunga api yang akan menghalang pencemaran, keselamatan awam, melindungi harta benda dan mengekalkan ketenteraman sosial," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.746567 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list