CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

[Kedah] Minta dilepaskan kerana bakal kahwin wanita tempatan

[Copy link]
Post time 8-5-2023 05:57 PM | Show all posts |Read mode
Minta dilepaskan kerana bakal kahwin wanita tempatan


Izad Thaqif Hassan
[email protected]



JABATAN Imigresen menahan empat lelaki warga Yaman kerana tidak mempunyai dokumen sah. FOTO Izad Thaqif Hassan




Sungai Petani: Sudah bertunang dan bakal berkahwin dengan wanita tempatan dalam tempoh terdekat.

Alasan itu diberi seorang daripada empat lelaki Yaman yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia di restoran nasi Arab di Bandar Amanjaya, di sini, kelmarin, selepas meminta dirinya dilepaskan.

Difahamkan, lelaki terbabit sanggup berkahwin dengan wanita tempatan kerana mahu menggunakan kesempatan bagi memudahkannya menjalankan perniagaan.

Dalam Op Selera bermula 9.30 malam itu, semua mereka yang berusia 20an ditahan kerana didapati tidak mempunyai dokumen serta pas yang sah dengan bekerja di restoran yang baru sebulan beroperasi.

Operasi selama dua jam itu diketuai Ketua Unit Aduan, Risikan dan Operasi Imigresen Kedah, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Mohamad Rizal Ramli hasil risikan dan juga maklumat diterima.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan lima warga Thailand masing-masing empat lelaki dan seorang wanita ditahan di kedai tomyam di Alor Setar.

Pengarah Imigresen Kedah Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, semua yang ditahan akan disiasat mengikut Kesalahan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 (Penyalahgunaan Pas Lawatan Sosial) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Tiada Pas yang sah).



Disiarkan pada: Mei 8, 2023 @ 5:43pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.822713 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list