CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

[Pulau Pinang] Rampasan dadah Australia: Tangkap individu tanpa kira status

[Copy link]
Post time 9-5-2023 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Rampasan dadah Australia: Tangkap individu tanpa kira status


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mei 9, 2023 @ 12:22pm [email protected]




BH Online sebelum ini melaporkan pihak berkuasa Australia merampas 960 bungkusan heroin seberat 336kg yang disorok dalam blok konkrit menggunakan kontena dari Malaysia. - Foto AFP




GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa Malaysia supaya melancarkan siasatan dan bekerjasama dengan Polis Persekutuan Australia (AFP) bagi menangkap semua yang terbabit dengan jenayah dadah tanpa mengira status sosial dan pekerjaan.

Ia susulan rampasan dadah heroin seberat 336 kilogram (kg) oleh AFP yang dibawa masuk dalam sebuah kontena dari Malaysia ke Brisbane, Australia pada 13 Mac lalu.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader, berkata CAP menyifatkan rampasan kedua terbesar di Australia itu sebagai memalukan.

Katanya, sekiranya AFP tidak menemukan penghantaran itu, ia sudah tentu bakal memusnahkan ribuan nyawa.

"Di seluruh dunia, lebih daripada 106,200 orang mati akibat pengambilan berlebihan dadah manakala sebanyak 35 juta orang pada 2021 berhadapan dengan penyalahgunaan atau ketagihan bahan dalam beberapa bentuk.

"Amat sukar bagi memahami bagaimana blok konkrit dengan heroin sebanyak itu boleh terlepas daripada pengesanan pihak berkuasa Malaysia.

"Bagi penghantaran yang begitu besar, ia pasti membabitkan dalang serta ramai orang di pelbagai peringkat operasi," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohideen, aktiviti haram itu amat memalukan terutama apabila percubaan terbabit tidak dikesan di banyak peringkat di Malaysia sehingga ia tiba di Australia.

Terdahulu, dalam kenyataan Pasukan Sempadan Australia (ABF), pihaknya berjaya mengesan dadah berkenaan disorok dalam dua blok konkrit simen yang masing-masing seberat 500kg.

Semakan mendapati penghantaran itu diisytihar sebagai aksesori panel solar dalam kontena itu yang tiba di Pelabuhan Brisbane dari Malaysia.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata dadah itu dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta).








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.045523 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list