CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang 'juara' guna air, Singapura pun kalah

[Copy link]
Post time 9-5-2023 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang 'juara' guna air, Singapura pun kalah


Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]



Zairil Khir, memberi kenyataan media mengenai situati waspada dua  empangan Air Itam dan Teluk Bahang pada sidang media. FOTO MIKAIL ONG




Georgetown: Pulau Pinang dikhuatiri berdepan krisis air jika kawasan Empangan Air Itam dan Teluk Bahang terus merekodkan taburan hujan rendah, ditambah faktor penggunaan air terlalu tinggi dalam kalangan penduduk ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, data taburan hujan di negeri ini daripada Januari hingga April lalu menunjukkan jumlah lebih tinggi iaitu 593 milimeter (mm) berbanding 530mm dalam tempoh sama tahun lalu.

"Namun hujan tidak banyak berlaku di kawasan tadahan air, jadi air hujan terbabit tidak masuk ke kawasan empangan dan dapat dirawat untuk proses seterusnya.

"Selepas operasi pembenihan hujan baru-baru ini, kita nampak ada sedikit peningkatan kadar hujan di kawasan itu namun ia masih tidak mencukupi," katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, hari ini.

Zairil berkata, jika situasi itu berterusan, Empangan Air Itam dengan kapasiti efektif 41.5 peratus pada hari ini hanya dapat bertahan 40 hari manakala Empangan Teluk Bahang yang mencapai 48.1 peratus dijangka bertahan selama 146 hari.

Justeru, beliau menggesa rakyat Pulau Pinang menjimatkan penggunaan air dengan secara purata seorang penduduk menggunakan 307 liter per kapita sehari iaitu rekod penggunaan air terawat tertinggi di negara ini.

Beliau berkata, kadar penggunaan itu adalah dua kali ganda berbanding Singapura iaitu sebanyak 141 liter per kapita sehari, berdasarkan data tahun lalu.

"Dukacita dimaklumkan Pulau Pinang sentiasa nombor satu di Malaysia bagi penggunaan air per kapita walaupun kita selalu bangga dengan banyak pencapaian terbaik, perkara ini bukanlah perkara yang boleh dibanggakan.

"Kita berkemungkinan menghadapi krisis air jika taburan hujan rendah berlarutan ditambah faktor penggunaan yang sangat tinggi, terutama bagi pengguna domestik yang mewakili 60 peratus berbanding bukan domestik," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Ir K Pathmanathan berkata, Empangan Air Itam membekalkan bekalan air terawat kepada 30,000 pengguna membabitkan kira-kira 6,000 akaun.

Beliau berkata, Empangan Teluk Bahang pula membekalkan air terawat kepada kira-kira 500,000 pengguna membabitkan kira-kira 100,000 akaun di sekitar Daerah Timur Laut dan Barat Daya.

"Empangan Air Itam dilihat kritikal ketika ini kerana ia empangan paling kecil. Jadi pengguna di kawasan terbabit, misalnya di Paya Terubong dan Air Itam, berisiko lebih tinggi," katanya.




Disiarkan pada: Mei 9, 2023 @ 3:04pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.809432 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list