|
ANGGOTA bomba mengangkat mayat kelindan lori yang terbunuh dalam kemalangan. FOTO Ihsan Bomba
Kluang: Seorang kelindan lori berusia 14 tahun terbunuh dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan berhampiran Taman Sri Bayu Simpang Renggam, di sini kira-kira 3 petang tadi.
Komander Operasi Norhisam Ihwan dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam berkata, remaja lelaki yang tersepit di tempat duduknya itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, enam individu lain termasuk pemandu lori berusia 67 tahun tercedera dan berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.
"Kemalangan membabitkan lima kenderaan iaitu dua Proton Wira, Kia Sportage, Toyota Vellfire dan sebuah lori seberat lima tan.
"Turut cedera, lelaki berusia 62 tahun dan 28 tahun, kedua-duanya adalah pemandu Proton Wira selain lelaki berusia 35 tahun yang memandu Kia Sportage selain dua individu daripada Toyota Vellfire yang belum dikenal pasti identitinya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, mayat kelindan lori yang tersepit dengan menggunakan peralatan 'road traffic accident' (RTA) dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," .
"Operasi membabitkan enam anggota dari BBP Renggam bersama sebuah jentera selepas menerima panggilan pada 2.51 petang. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.41 petang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... alangan-5-kenderaan
|
|