CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Gula ada, hanya gangguan bekalan runcit'

[Copy link]
Post time 22-5-2023 07:33 PM | Show all posts |Read mode
'Gula ada, hanya gangguan bekalan runcit'


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mei 22, 2023 @ 6:48pm [email protected]




Notis mengehadkan pembelian gula oleh pelanggan di sebuah pasar raya di Pulau Pinang. - NSTP/ZUHAINY ZULKIFFLI




GEORGETOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menafikan dakwaan bekalan gula di negeri ini terputus sejak seminggu lalu.

Pengarah KPDN Negeri, S Jegan, berkata bekalan gula di Pulau Pinang mencukupi, namun berlaku sedikit gangguan membabitkan penjualan di kedai runcit.

"Di pasar raya negeri ini tidak timbul isu terputus bekalan gula, cuma di kedai runcit kebanyakannya sudah habis disebabkan urusan dengan pengilang, pemborong atau pembekal.

"Oleh kerana bekalan gula terhad di seluruh negara, ada pemborong melakukan penjualan secara tunai dan menyebabkan sesetengah peruncit tidak dapat mengambil bekalan kerana isu pembayaran tunai itu.

"KPDN tidak termasuk dalam isu pembayaran tunai antara peruncit dengan pemborong mahupun pengilang, cuma saya ingin nyatakan bekalan gula di negeri ini tidak putus seperti didakwa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jegan berkata, pasukan penguatkuasaan KPDN giat melakukan pemantauan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati tidak melakukan belian panik dan tidak perlu risau dengan isu bekalan gula ketika ini.

"Hanya berlaku gangguan bekalan yang sedang dipulihkan," katanya.

Ada kalangan peniaga negeri ini mendakwa sukar mendapat bekalan gula kebelakangan ini.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.405658 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list