CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Kedah] LIMA '23: Feri ke Langkawi dari Kuala Kedah, Kuala Perlis ditambah

[Copy link]
Post time 23-5-2023 09:34 AM | Show all posts |Read mode
LIMA '23: Feri ke Langkawi dari Kuala Kedah, Kuala Perlis ditambah


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mei 23, 2023 @ 9:23am [email protected]




My Roro Tiga yang beroperasi dari Kuala Kedah ke Langkawi antara pengangkutan laut bagi menyaksikan LIMA '23. - NSTP/IHSAN Ferrylines Ventures




ALOR SETAR: Perkhidmatan feri ulang alik ke Langkawi dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ditambah kepada 40 perjalanan sehari sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23).

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom, berkata sebelum ini pihaknya hanya menyediakan 32 perkhidmatan feri sehari bermula 25 hingga 28 Mei ini sebelum ditambah kepada 40 perjalanan berikutan sambutan orang ramai.

Beliau berkata, pihaknya menyediakan feri pergi dan balik dari Kuala Kedah sebanyak 18 perjalanan bermula jam 7 pagi hingga 10 malam setiap hari, manakala perjalanan dari Kuala Perlis sebanyak 22.

"Trip perjalanan kami sediakan sehingga malam dan orang ramai boleh membuat tempahan perjalanan secara dalam talian untuk memudahkan pembelian tiket.

"Kita lihat sambutan LIMA '23 tahun ini amat memuaskan kerana ramai pelancong yang hendak masuk ke Langkawi pada saat akhir dan mendapat permintaan tinggi selepas pandemik COVID-19.

"Selain itu promosi berkaitan LIMA '25 juga banyak membantu menarik perhatian orang ramai untuk mengunjungi Langkawi sekali gus menggunakan perkhidmatan feri,"" katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Baharin berkata, perkhidmatan Roro untuk kenderaan dan penumpang dari Kuala Kedah sudah mula beroperasi sejak empat hari lalu.

Beliau berkata, My Roro Tiga mampu memuatkan kapasiti lebih 65 kenderaan salon serta kenderaan berat termasuk bas atau lori selain lebih 300 penumpang pada satu masa.

"Setakat ini hanya satu trip perjalanan pergi dan balik disediakan untuk perkhidmatan Roro ini mengikut jadual yang ditetapkan.

"Harga tiket bagi penumpang Roro sama seperti tiket feri penumpang biasa dan perkhidmatan Roro ini bukan saja untuk LIMA '23 tetapi akan beroperasi pada hari biasa.

Beliau berkata, dua Roro lagi akan beroperasi dari Kuala Kedah ke Langkawi tidak lama lagi.

Orang ramai boleh membuat tempahan di talian 04-9611515 atau 04-7622515.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.036873 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list