CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 273|Reply: 0

[Kedah] 'Mata kanan kabur sebelum pandangan jadi gelap...'

[Copy link]
Post time 24-5-2023 06:03 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Anuar FOTO Ihsan MUHAMMAD ANUAR ROSLEY

Sungai Petani: "Saya tak nak buta, nak melihat dengan normal macam dulu," itu luahan pemuda, Muhammad Anuar Rosley.

Muhammad Anuar Rosley pernah menjalani hidup normal sebelum ini namun kini diuji apabila hilang penglihatan mata kanan.

Keadaan itu menyebabkan Muhammad Anuar, 28, tidak dapat bekerja seperti dulu kerana perlu menjalani rawatan selepas dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini sejak 3 Mei lalu.

Berkongsi kisahnya, Muhammad Anuar berkata, sebelum hilang penglihatan, dia mengalami tanda awal iaitu pandangan kabur pada mata kanannya.

"Dulu ok saja namun tidak selepas raya, mata kanan saya mula kabur hingga pandangan jadi gelap.

"Menyedari ada yang tidak kena, saya ke hospital dan doktor lakukan prosedur pengambilan air tulang belakang sebelum mendapati ada kuman pada paru-paru saya.

"Badan masih lemah jadi keadaan belum mengizinkan untuk keluar dari wad kerana masih perlukan pemantauan rapi malah saya baru selesai menjalani rawatan kemoterapi tempoh hari," katanya ketika dihubungi.

Menurut Muhammad Anuar, doktor belum sahkan penyakit sebenar dihidapinya kerana dia perlu bertemu dengan pakar mata di Shah Alam, Selangor tidak lama lagi untuk pemeriksaan lanjut.

Meskipun begitu, Muhammad Anuar menaruh harapan supaya mata kanannya kembali normal kerana mahu jalani hidup seperti dulu.

"Mata kanan saya memang tak dapat melihat buat masa ini cuma belum disahkan Orang Kurang Upaya (OKU) kerana ada pemeriksaan lanjut.

"Doktor kata saya masih muda dan nasihatkan jaga mata elok- elok dan jujurnya bimbang juga jika ia merebak ke sebelah kiri malah takut andai kata buta kedua mata selepas terjaga daripada tidur.

"Buat masa ini, saya berehat saja di wad dan ikut saranan doktor kerana mereka lebih tahu mana yang terbaik," katanya yang juga anak keempat daripada sembilan beradik.

Berhubung perkongsiannya di TikTok, Muhammad Anuar berkata, dia tiada niat meraih simpati sebaliknya mahu mengumpul kekuatan saja daripada orang ramai.

Muhammad Anuar juga tidak menyangka ramai prihatin dengan mendoakan selain memberi sumbangan kepadanya.

"Alhamdulillah, banyak komen positif diterima malah ramai beri kata semangat walaupun ada yang tuduh saya 'scammer'.

"Syukur dan terharu sangat kerana ramai rakyat Malaysia yang nak bantu.

"Saya doa semoga segera diberi kesihatan kerana mahu kerja cuma keadaan sekarang saja yang mengizinkan," katanya yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu restoran.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 152125324410 atas nama Muhammad Anuar Rosley atau menghubunginya di talian 014-8835302.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... andangan-jadi-gelap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.037964 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list