CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

[Pulau Pinang] SC sekat 61 laman web, 80 akaun media sosial tipu pelaburan

[Copy link]
Post time 26-5-2023 11:46 PM | Show all posts |Read mode
SC sekat 61 laman web, 80 akaun media sosial tipu pelaburan


Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]



AWANG Adek (kanan) mengiringi Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (dua dari kanan) melawat pameran ketika perasmian Program InvestSmart Penang 2023 hari ini. FOTO DANIAL SAAD.




Bayan Lepas: Suruhanjaya Sekuriti (SC) menambah 84 entiti dalam senarai amaran pelaburnya serta menyekat 61 laman web yang disyaki melakukan penipuan pelaburan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata, SC turut menyekat 80 akaun media sosial dengan modus operandi yang lazim digunakan 'scammers' terbabit ialah mempromosikan skim pelaburan palsu melalui WhatsApp dan Telegram.

"Tahun lalu SC telah menyenaraikan 267 nama dalam senarai amaran pelabur selain turut menyekat 166 laman web dan 224 akaun media sosial yang disyaki menjalankan kegiatan terbabit dan bagi saya ini adalah tahap membimbangkan.

"Jadi adalah penting untuk kita selidik sebelum melabur sama ada syarikat atau individu yang membuat tawaran pelaburan berdaftar dengan badan kawal selia seperti SC," katanya yang ditemui pada Program InvestSmart@penang di sini, hari ini.

Awang berkata, antara ciri-ciri biasa 'scammers' ialah menjanjikan pulangan pelaburan tinggi dalam masa singkat serta mempromosikannya sebagai peluang terhad dan meminta wang dimasukkan ke dalam akaun individu tidak dikenali atau akaun bank tidak berkaitan.

Katanya, negara menyaksikan peningkatan ketara penipuan dalam talian dalam tempoh dua tahun ini iaitu daripada 548 aduan pada 2020 kepada 1,124 aduan pada 2022 dengan kerugian mencecah puluhan juta ringgit.

Menurutnya, tahun lalu aduan berkaitan penipuan merangkumi hampir 60 peratus daripada keseluruhan aduan yang diterima SC dengan pihaknya turut bekerjasama dengan agensi lain untuk membendung masalah itu.

"Memandangkan keadaan ekonomi semakin mencabar, kedudukan kewangan kian mendesak orang ramai mudah terpedaya dengan janji palsu seperti 'love scams', skim piramid dan peluang pekerjaan online dengan upah tinggi," katanya.

Terdahulu beliau berkata, lebih 470 syarikat yang diiktiraf SC di Pulau Pinang telah menggunakan platform Pendanaan Ekuiti Ramai (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (P2P) untuk menjana modal berjumlah RM193 juta setakat tahun lalu.



Disiarkan pada: Mei 26, 2023 @ 7:06pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.390984 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list