CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 2

[Pulau Pinang] KPM bincang kenaikan gaji guru ikut kelayakan akademik

[Copy link]
Post time 27-5-2023 12:05 PM | Show all posts |Read mode
KPM bincang kenaikan gaji guru ikut kelayakan akademik


Oleh Nur Izzati Mohamad - Mei 27, 2023 @ 11:50am  [email protected]




Orang ramai membeli barangan di Jualan Agro Madani pada Karnival Kita Madani Daerah Seberang Perai Selatan di Kampung Sungai Duri hari ini yang dirasmikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.




NIBONG TEBAL: Cadangan kenaikan gaji guru yang mempunyai kelayakan akademik lebih tinggi, sedang berada dalam radar perbincangan Kementerian Pendidikan (KPM).

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata ia berikutan pihaknya mengambil pandangan yang diutarakan berhubung cadangan berkenaan secara serius.

Katanya, meningkatkan kualiti guru dari segi kelayakan akademik dan perkhidmatan pendidikan adalah menjadi hasrat serta tumpuan utama KPM.

"Kita (KPM) ambil pandangan itu secara serius dan saranan kenaikan gaji penjawat awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri itu akan jadi tumpuan awam sebaik ekonomi negara pulih.

"Dan ia juga tidak lari dari hasrat kita di peringkat KPM untuk lihat perkara sama dan ia (kenaikan gaji guru yang ada kelayakan akademik lebih tinggi) sedang berada dalam radar perbincangan sebagai konteks untuk meningkatkan kualiti guru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung saranan supaya kerajaan menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada golongan berkenaan yang berusaha menambah ilmu dalam memantapkan sistem pendidikan negara.

Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, hadir merasmikan Karnival Kita Madani Daerah Seberang Perai Selatan di Tapak Pasar Malam Sungai Duri, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut,Fadhlina berkata, pihaknya turut tidak menghalang mana-mana guru yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Kita tidak halang dan buka ruang seluasnya untuk mereka (guru) yang nak sambung pelajaran (untuk peroleh kelulusan lebih tinggi)

"Dari segi integriti, keperluan dan kualiti guru ia akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

"Pada ketika ini, guru-guru yang ada sangat berkelayakan dan terlatih untuk menjadi seorang guru," katanya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan disaran supaya menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada mereka kerana berusaha memperkemaskan diri bagi memantapkan lagi pendidikan demi anak bangsa.

Setiausaha Kluster Pendidikan dan Modal Insan, Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Anuar Ahmad dilaporkan berkata, ketika ini gaji guru yang memiliki sarjana dan doktor falsafah (PhD) adalah sama dan ia wajar untuk dikaji semula.

Katanya, kerajaan harus memberikan insentif kepada guru yang mempunyai kelayakan lebih tinggi supaya mereka dapat merasakan pentingnya perlu untuk sambung belajar bukan sahaja menambah ilmu, sebaliknya boleh meningkatkan gaji dalam bidang yang diceburi.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2023 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh..inilah yg dibincangkan tadi kat TV rtm..pasal guru guru nak gaji tinggi based on kelayakan master dan PhD ...
Pada aii..why not ko letak jawatan cikgu Dan apply keje lecturer kat kolej matrikulasi, pusat asasi, kolej tingkatan 6, kolej komuniti, politeknik, ipg Dan universiti yg byk byk tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Post guru ko tu....ramai yg nak...yg ada degree dan diploma..last year vacancy 18 k yg mohon dlm 2-3 kali ganda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.089761 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list