CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236|Reply: 1

[Wilayah Persekutuan] 'Tak mampu lagi lihat adik tanggung kesakitan'

[Copy link]
Post time 27-5-2023 02:10 PM | Show all posts |Read mode

SHAFINAS melecur 18 peratus di muka dan kedua-dua tangan. FOTO Ihsan Sharifah

Kuala Lumpur: "Saya tidak mampu lagi melihat adik menanggung kesakitan. Apa yang keluarga harapkan dia kuat demi anak-anaknya," kata Sharifah Ismail.

Berikutan itu, Sharifah amat mengharapkan sumbangan orang ramai bagi menampung kos rawatan adiknya, Shafinas yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana melecur kedua tangan dan muka selepas tong gas petroleum cecair (LPG) meletup di rumahnya.

Kejadian malang itu menimpa ketika Shafinas, 33, yang menetap di Kampung Sungai Raya, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan, mahu menyediakan sarapan pada 7 Mei lalu.

Sharifah, 37, berkata, adiknya menukar tong LPG baharu selepas tong sedia ada kehabisan gas.

"Semasa dia mahu menghidupkan api dapur gas selepas kali pertama tidak berjaya, hos dari tong gas itu secara tiba-tiba tercabut dan meletup menyebabkan adik tercampak.

"Suaminya yang berada di bilik segera keluar dan mendapati badan adik sedang terbakar lalu segera ambil air untuk padamkan api.

"Adik kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD) sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS)," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bagaimanapun, katanya, kecederaan melecur serius kira-kira 18 peratus yang dialami Shafinas menyebabkan dia perlu dirujuk kepada pakar rawatan kebakaran sebelum dimasukkan ke HKL pada 8 Mei lalu.

Menurutnya, sejak itu Shafinas sudah menjalani beberapa kali pembedahan dan memerlukan pemantauan rapi di ICU HKL.

Sharifah berkata, Shafinas sudah sedarkan diri tetapi masih lemah selain hanya diberi minum melalui tiub.

"Semasa sedar, soalan pertama yang adik tanya adalah mengenai anak-anaknya dan kos rawatan. Ini kerana adik bekerja sebagai pembantu kedai manakala suaminya pengawal keselamatan.

"Mak yang berniaga air pun tutup gerai untuk jaga adik di hospital kerana suaminya perlu bekerja dan menjaga tiga anak mereka berusia empat hingga sembilan tahun. Doktor jangka rawatan akan ambil masa dua hingga tiga bulan.

"Saya beritahu adik supaya tidak bimbang kerana kami sekeluarga akan berusaha dan ikhtiar membantunya. Jika ini ujian Allah SWT, kami reda," katanya.

Sharifah mengakui ada menerima sumbangan daripada beberapa individu selepas kes adiknya tular di media sosial Facebook dan berterima kasih kepada penyumbang.

Orang ramai yang ingin membantu Shafinas boleh menghulurkan sumbangan ke akaun CIMB bernombor 7024774421 atas nama Sharifah Ismail atau menghubunginya di talian 017-5727802.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tanggung-kesakitan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2023 12:31 PM | Show all posts
Semoga dipermudah segala urusan dan diberikan kesembuhan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.044229 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list