CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

[Melaka] Tinju muka kekasih, duda didenda RM3,000

[Copy link]
Post time 29-5-2023 04:44 PM | Show all posts |Read mode

David didenda RM3,000. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad.

Melaka: Padah menumbuk muka serta merosakkan telefon bimbit bekas kekasih menyebabkan seorang duda didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, tadi.

Majistret Mazana Sinin memutuskan hukuman itu terhadap tertuduh, David Juan Kee Hean, 36, selepas menimbangkan keseluruhan fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Seow Li Cha, 34, dengan menumbuk muka dan mata kanan serta siku kiri mangsa di dalam kereta di hadapan rumahnya di Jalan Kenangan 1/4, Taman Kenanga Seksyen 1, di sini, pada jam 10 malam, 1 Julai 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau boleh denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia dituduh mengikut Seksyen 427 KK iaitu menyebabkan kerosakan dan kerugian ke atas telefon bimbit milik mangsa pada tarikh dan lokasi sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian tertuduh menghubungi pengadu (mangsa) dan memintanya datang ke rumah bagi mengambil anak-anak kerana tiada orang hendak menjaga mereka.

Berlaku pergaduhan antara mereka yang mana tertuduh menumbuk muka, mata kanan dan siku kiri mangsa hingga luka dan dirawat di Hospital Melaka.

Mangsa menjelaskan dia mempunyai tiga anak berusia 17, 12 dan lapan tahun bersama tertuduh, namun tidak pernah mendaftar perkahwinan di Jabatan Pendaftaran dan baru dua bulan tinggal berasingan kerana tiada persefahaman serta menjaga semua anak.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya J Banusha sementara tertuduh diwakili peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Banusha memohon hukuman setimpal berdasarkan kecederaan dan kerugian RM240 dialami mangsa, namun peguam memohon hukuman ringan kerana tertuduh sudah insaf atas kesalahannya.

Mazana kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara empat bulan jika gagal membayar bagi pertuduhan pertama dan denda RM2,000 atau 12 bulan penjara bagi pertuduhan kedua.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... duda-didenda-rm3000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.084964 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list