CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

[Selangor] Mabuk: Ada budak enam tahun jadi mangsa dera - Polis

[Copy link]
Post time 30-5-2023 02:14 PM | Show all posts |Read mode

CHA Hoong Fong (tengah) ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan. FOTO Ruwaida Md Zain.

Klang: Pengaruh alkohol, dadah dan gagal mendapatkan wang untuk membeli barang terlarang dari pasangan dipercayai antara punca peningkatan kes keganasan rumah tangga di daerah Klang Selatan sehingga April lalu.

Statistik menunjukkan, majoriti mangsa keganasan rumah tangga adalah isteri, tidak kurang juga sebahagian mangsa keganasan ini dilepaskan kepada anak-anak kecil seawal usia enam tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya membuka 16 kertas siasatan berkaitan kes keganasan rumah tangga di daerah ini dalam tempoh Januari hingga April tahun ini.

Menurutnya, jumlah kes terbabit menunjukkan peningkatan berbanding statistik tempoh sama tahun lalu sebanyak 12 kes.

"Dari Januari hingga April lalu, polis sudah buka 16 kertas, jika dicampur dengan (laporan) kes bulan ini (Mei) mungkin sudah melebihi 20 kes.

"Antara kes yang kami terima, seorang suami dengan pengaruh alkohol, lepas minum kemudian mabuk lalu gagal kawal diri dan lepas geram kepada isteri.

"Ada kebanyakan mangsa keganasan rumah tangga secara berulang, tidak tahan kemudian mangsa lapor polis..siasatan mendapati kes keganasan menjadi kebiasaan kepada suspek mencederakan mangsa.

"Ada kes baru, kanak-kanak berumur enam tahun dipukul bapa kandung yang mana kejadian di Taman Pendamar, Pandamaran. Laporan diterima dua hari lalu, ibu mangsa melaporkan kejadian sudah beberapa berlaku. Semua ini dalam siasatan polis," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini hari ini.

Hoong Fong berkata, siasatan kes ini meliputi kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Mangsa keganasan rumah tangga dilindungi di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1984 yang terpakai kepada wanita, ahli keluarga lain dalam kalangan lelaki, kanak-kanak, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas.

"Selain itu, boleh menghubungi Talian Kasih dan WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam atau JKM berhampiran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-mangsa-dera-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.174464 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list