CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

[Melaka] Peniaga pukul pelanggan dengan buluh lemang didenda RM500

[Copy link]
Post time 30-5-2023 05:00 PM | Show all posts |Read mode

SYAMUDIN didenda RM500 selepas mengaku memukul pelanggan dengan buluh lemang. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Peniaga lemang didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini selepas mengaku dan disabitkan kesalahan memukul pelanggan dengan buluh lemang hingga cedera kerana berang dituduh menjual lemang mentah, bulan lalu.

Hukuman itu diputuskan Majistret Mazana Sinin terhadap tertuduh, Syamudin Salleh, 41, selepas meneliti fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan cedera kepada Shamuddin Jaamat, 62, di Gerai Lemang Pak Din, Jalan Bukit Beruang, pada 21 April lalu, kira-kira jam 8 malam.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Syamudin yang tidak diwakili peguam merayu hukumannya diringankan kerana sudah menyesali perbuatannya, selain mengakui tindakan itu didorong oleh perasaan marah apabila mangsa mencetuskan provokasi menuduhnya menjual lemang mentah.

Timbalan Pendakwa Raya J Banusha bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan kerana tindakan tertuduh menyebabkan mangsa cedera pada tangan dan telinga kirinya.

Mahkamah kemudian mendenda tertuduh sebanyak RM500 atau penjara dua bulan jika gagal membayar. Tertuduh membayar denda itu.

Mengikut fakta, pada hari kejadian, pengadu (mangsa) kembali ke gerai itu untuk menukar lemang yang dibeli pada waktu pagi kerana mentah.

Dia menunjukkan lemang dibeli di dalam bekas plastik tetapi tidak diendahkan tertuduh yang bertindak membelah satu lagi lemang dibeli dan menunjukkannya ia masak sepenuhnya.

Mangsa turut merakam video menggunakan telefon bimbitnya dan menyatakan gerai itu menjual lemang mentah dan akan menularkannya hingga berlaku pergaduhan antara mereka.

Pengadu mencampakkan lemang dalam bekas plastik kepada tertuduh yang kemudiannya memukulnya dengan buluh lemang hingga cedera di telinga kiri dan tangan kanan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... emang-didenda-rm500
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:06 PM GMT+8 , Processed in 1.316849 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list