CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

[Selangor] Petugas ‘petting zoo’ raba budak lelaki, ditahan reman tujuh hari

[Copy link]
Post time 30-5-2023 05:09 PM | Show all posts |Read mode


SEPANG – Seorang petugas aktiviti di zoo mini haiwan jinak atau ‘petting zoo’ ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan kerana dipercayai mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun pada 12 Mei lalu.

Dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Bandar Baru Salak Tinggi itu, mangsa yang juga murid Tahun Tiga mendakwa dicabul tiga kali oleh suspek berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada 26 Mei lalu selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Beliau berkata, suspek ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan malah, kertas siasatan kes sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan.

“Ketika disoal siasat, suspek bagaimanapun tidak mengaku memegang kemaluan kanak-kanak lelaki berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, mangsa dicabul sebanyak tiga kali oleh suspek ketika berada di dalam sebuah bilik Sains di sekolahnya pada aktiviti petting zoo.

Md. Noor Aehwan berkata, ketika berada di bilik berkenaan, mangsa telah membayar wang sebanyak RM5 kepada jurugambar (suspek) sebagai bayaran untuk mengambil gambar.

Menurutnya, suspek kemudian berdiri di sisi sebelah kiri mangsa dan memeluk daripada arah belakang sambil menyentuh kemaluan mangsa dari bahagian luar seluar.

“Mangsa telah cuba menepis tangan suspek, namun suspek masih terus menyentuh kemaluan mangsa. Ekoran kejadian itu, bapa mangsa membuat aduan kepada sekolah dan suspek kemudian dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan itu.

“Suspek mengaku melakukan kesalahan itu, namun pihak sekolah mengambil keputusan untuk tidak lagi membenarkan suspek memasuki kawasan sekolah untuk program lain selepas ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... n-reman-tujuh-hari/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.468035 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list