CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 0

[Selangor] Kucing mati dijerut dawai, digantung pada bingkai tingkap

[Copy link]
Post time 4-6-2023 03:32 PM | Show all posts |Read mode

Seekor kucing ditemui mati akibat dijerut dan digantung pada sebuah tingkap.

PETALING JAYA – Seekor kucing ditemui mati akibat dijerut pada leher menggunakan dawai lalu digantung pada bingkai tingkap di sebuah kediaman Persiaran Intan Hulu Langat, Selangor, pada Jumaat lalu.

Menurut Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Arie Dwi Andika, kejadian disedari berlaku pada pukul 10 pagi oleh seorang penduduk yang mengesyaki perlakuan keji serta tidak berperikemanusiaan itu dilakukan salah seorang penghuni rumah berstatus warga asing.

Dakwaan itu dibuat susulan warga asing terbabit tidak menyenangi kehadiran kucing jalanan yang berlegar di sekitar kawasan rumah yang didiaminya.

“Satu laporan polis dibuat secara rasmi semalam pada pukul 1.11 pagi di Balai Polis Batu 9 Cheras, Hulu Langat, Kajang Selangor supaya satu siasatan terperinci terhadap penjenayah berkelas haiwan ini dilakukan menggunapakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 dengan segera.

“Namun, menurut penduduk dan saksi, tiada sebarang tindakan susulan dibuat terhadap kes ini dan seperti sudah didiamkan,” jelasnya dalam kenyataan di Facebook, semalam.

Sehubungan itu, Animal Malaysia menggesa pihak polis supaya segera mengambil tindakan dengan menahan individu disyaki dan menjalankan siasatan terperinci serta melakukan pendakwaan segera jika cukup fakta kes.

“Animal Malaysia menuntut tindakan pantas bagi memastikan Sistem Keadilan Jenayah Haiwan Malaysia berjalan dengan baik.

“Kita juga mahu supaya tiada toleransi serta pihak berkuasa tidak mengambil ringan terhadap jenayah haiwan berkelas begini kerana membimbangi ia menjadi trend dan melarat menjadi jenayah terhadap manusia.

“Selain itu, jenayah haiwan adalah satu jenayah berat yang ada peruntukkan dalam undang-undang dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... da-bingkai-tingkap/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.184433 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list