CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 339|Reply: 0

[Pulau Pinang] Perkeso lancar kempen ambil pekerja lokal

[Copy link]
Post time 4-6-2023 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Perkeso lancar kempen ambil pekerja lokal

oleh     MOHD ISKANDAR OTHMAN   04 Jun 2023    04:21pm





Sivakumar (tiga dari kiri) ketika hadir Majlis Penutup Karnival MYFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2023 pada Ahad.




BUTTERWORTH - Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melancarkan Kempen Ambil Pekerja Lokal bagi menggalakkan pengambilan tenaga kerja tempatan sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

Kempen terbabit merupakan program susulan daripada inisiatif Malaysianization yang dilaksanakan dari tahun 2021 untuk menggalakkan majikan menggajikan pekerja tempatan bagi jawatan yang sebelumnya diisi oleh pekerja asing.

Menterinya, V Sivakumar berkata, untuk menggalakkan lagi penggajian pekerja tempatan, pihaknya dan Perkeso juga menyokong Projek Reben Kuning yang memberi ruang kepada bekas banduan terutama belia dan bekas pelajar juvana untuk memperoleh pekerjaan.

"Kempen ini akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan majikan dapat menggajikan anak-anak watan sekali gus mengelakkan daripada terlalu bergantung kepada pekerja asing.

"Langkah ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang 2030,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Karnival MYFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2023 di sini pada Ahad.

Hadir sama, Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, Datuk Abdul Halim Hussain dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

Sivakumar berkata, melalui insentif Kerjaya Madani 2023 yang dilancarkan baru-baru ini, ia melengkapi Kempen Ambil Pekerja Lokal kerana ia memberi fokus kepada peningkatan peluang-peluang pekerjaan dan penempatan pekerjaan untuk pelbagai kumpulan sasar di bawah Program Daya Kerjaya, Daya Kerjaya TVET dan Program Bina Kerjaya.

Sementara itu, mengulas mengenai karnival kerjaya MYFutureJobs yang berlangsung selama dua hari itu menawarkan lebih 7,000 kekosongan jawatan yang menawarkan gaji bulanan sehingga RM9,500 daripada 56 majikan yang mengambil bahagian.


"Sehingga tengah hari tadi, seramai 552 individu berjaya ditawarkan jawatan secara terus.

"Selain menghimpunkan pencari kerja dan majikan di bawah satu bumbung, karnival kerjaya ini juga menyediakan perkhidmatan pekerjaan bagi meningkatkan kebolehpekerjaan dan kebolehpasaran pencari kerja seperti bantuan penyediaan resume, profil pencari kerja, bengkel temu duga, kaunseling kerjaya, kursus asas komunikasi, sahsiah diri dan persediaan menghadapi temuduga serta kursus vokasional, jika perlu," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.399666 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list